• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AirAsia

AirAsia tambah 1 juta kerusi lagi untuk kempen tempat duduk PERCUMA

  • OLEH Najib
  • 7:30 pm
  • 23/02/2024
  • Komen
Tidak perlu lagi matikan telefon waktu berlepas dan mendarat dengan Malaysia Airlines

AirAsia

Share on FacebookShare on Twitter

Tawaran tempat duduk percuma dari AirAsia sering menjadi rebutan ramai dan ia kini sedang berlangsung dari 19 hingga 25 Februari 2024. Tawaran ini terbuka untuk penerbangan dalam dan luar negara, dari 1 September 2024 sehingga 18 Jun 2025.

Disebabkan sambutan luar biasa daripada orang ramai, AirAsia hari ini mengumumkan tambahan 1,000,000 tempat duduk percuma untuk promosi ini. Hanya tinggal tiga hari lagi untuk merebut kerusi tambahan percuma.



Walaupun namanya tempat duduk percuma, penumpang masih perlu membayar cukai dan caj penerbangan lain yang dikenakan. Tetapi ia masih sangat murah. Dengan tempat duduk percuma, penumpang boleh terbang ke destinasi domestik seperti Pulau Pinang, Johor Bahru dan Miri daripada RM28 sehala termasuk semua cukai dan caj.

Manakala penerbangan ke rantau Asia Tenggara seperti Krabi, Bali, dan Medan boleh dibeli daripada RM83 termasuk semua sehala. Untuk yang berminat mengembara lebih jauh, AirAsia menawarkan tambang termasuk semua cukai can caj bermula dari RM299 sehala ke pelbagai destinasi di seluruh Asia dan lain-lain seperti Almaty, Hangzhou, Delhi, Sydney dan banyak lagi.



Tempahan untuk tawaran tempat duduk percuma ini boleh dibuat melalui aplikasi AirAsia Superapp atau di laman web airasia.com. AirAsia juga menawarkan diskaun 20% untuk tempahan ciri Fast Pass dan 20% untuk tempahan Xtra Carry-On. Pemegang kad BigPay di Malaysia juga boleh menikmati diskaun tambahan RM10 untuk semua penerbangan AirAsia.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group, Bo Lingam berkata: “Sejak pelancaran kempen Tempat Duduk PERCUMA kami yang pertama pada tahun ini, kami telah menyaksikan sambutan luar biasa dalam masa 72 jam pertama jualan dengan tempahan ke destinasi popular termasuk Pulau Pinang, Krabi, Bandar Ho Chi Minh, Da Nang dan banyak lagi. Ini adalah bukti permintaan kukuh untuk sektor pelancongan merentasi Asean, dan kami berbangga untuk menerbangkan para tetamu ke destinasi impian mereka dengan tambang rendah. Kini, kami menambah satu juta tempat dudul promosi yang boleh ditempah mulai hari ini termasuk untuk penerbangan jarak sederhana ke Melbourne, Taipei, Tokyo dan banyak lagi. Kami tidak sabar untuk menerbangkan berjuta-juta para tetamu dalam beberapa bulan akan datang.”

[Sumber: AirAsia]

Bacaan Berkaitan

  • Harga bagasi AirAsia berbeza ikut peranti? Sebenarnya harga Nasi Lemak pun berubah-ubah, ini penjelasannya
  • Mengejutkan! Harga AirAsia di Android lagi murah dari iPhone
  • AirAsia hidang Cendol & pelbagai pilihan makanan tempatan dalam penerbangannya
Tags: AirAsiakerusi percuma
Najib

Najib

POPULAR

Tidak perlu lagi matikan telefon waktu berlepas dan mendarat dengan Malaysia Airlines

AirAsia tambah 1 juta kerusi lagi untuk kempen tempat duduk PERCUMA

23 February 2024
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER