• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ini senarai telefon Oppo yang terima ColorOS 14 dalam bulan Mac

  • OLEH Putra Aziz
  • 8:53 pm
  • 05/03/2024
  • Komen
Ini senarai telefon Oppo yang terima ColorOS 14 dalam bulan Mac
Share on FacebookShare on Twitter

Oppo telah mengeluarkan jadual pelancaran sistem operasi ColorOS 14 untuk bulan Mac. Ini sekali gus mendedahkan telefon Oppo yang menerima sistem operasi berasaskan Android 14 itu. Senarai yang diberikan Oppo ini merupakan kesinambungan daripada jadual yang dikeluarkan pada Februari lalu.

Untuk perkembangan terbaru, Oppo menyatakan model Oppo A78 di pasaran India akan menerima ColorOS 14 bermula 19 Mac ini. Tetapi anda perlu tahu yang ia hanya untuk versi beta dan bukannya versi rasmi. Model telefon yang baru dikemas kini untuk menerima versi rasmi ColorOS 14 secara global termasuk Oppo A58, Oppo A38 dan Oppo A18, berikutan pelancaran sebelum ini untuk pasaran India pada Februari lalu.



Selain itu, kebanyakan telefon lain dalam senarai penerima versi rasmi sepatutnya telah mendapat kemas kini ColorOS 14. Ini termasuk untuk model flagship seperti Find N3, Find N3 Flip, Find N2 Flip, Find X5 Pro, Find X5 dan Find X3 Pro dan juga siri telefon kelas pertengahan Oppo Reno 10. Jika belum, anda mungkin akan menerimanya dalam masa terdekat kerana Oppo mengatakan mereka sedang dalam proses untuk mengeluarkannya.

Sebelum ini, Oppo telahpun menjalankan percubaan beta ColorOS 14 secara tertutup untuk model Oppo A79 5G dan juga Oppo A59 5G. Ini menandakan kedua-dua telefon itu turut akan menerima sistem operasi Android 14 pada masa akan datang.



Untuk ketahui lebih lanjut atau tinggalkan sebarang maklum balas berkenaan ColorOS 14, anda boleh lakukannya di laman komuniti Oppo. Anda juga boleh dapatkan maklumat lanjut berkenaan perkara baharu yang dibawa di ColorOS 14 di sini.

Bacaan berkaitan

  • Oppo Malaysia lancar Watch X, jam tangan pintar Wear OS 4 berharga RM1,399
  • Oppo lancar dua fon putik baharu Enco Buds 2 Pro dan Enco Air 3s, harga bermula RM169
  • Oppo Pad Neo: Tablet mampu milik sokong LTE, skrin besar 11.36″ dan empat speaker Dolby Atmos
Tags: android 14ColorOS 14oppoOPPO Malaysiasistem operasi
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
Ini senarai telefon Oppo yang terima ColorOS 14 dalam bulan Mac

Ini senarai telefon Oppo yang terima ColorOS 14 dalam bulan Mac

5 March 2024
Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

8 April 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

27 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN