• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Cara ini pastikan iPhone anda sentiasa selamat dari makcik bawang di Hari Raya

  • OLEH Najib
  • 1:33 pm
  • 21/03/2024
  • Komen
Cara ini pastikan iPhone anda sentiasa selamat dari makcik bawang di Hari Raya
Share on FacebookShare on Twitter

Bulan Ramadan sudah masuk hari ke-10 dan kehangatan Hari Raya mula terasa. Salah satu perkara yang sering memeriahkan Hari Raya kelak adalah video Hari Raya yang dihasilkan oleh pelbagai pihak, jenama atau syarikat. Ada yang membawa cerita sedih dalam video tersebut, tak kurang juga yang berkongsi kisah suka dan lucu semasa Hari Raya.

Apple nampaknya mendahului perkara ini apabila telah mengeluarkan video Hari Raya mereka. Kali ini, Apple membawakan tema keselamatan Face ID.



Budaya kunjung mengunjung dan berkumpul sanak saudara terutama di Hari Raya pertama pasti menjadi amalan ramai muslim dan muslimat di Malaysia. Pastinya ramai pakcik, makcik dan sepupu berkumpul bersama. Sedikit sebanyak, pasti ada masalah yang timbul.

Apabila telefon ditinggalkan merata kerana berada di dalam suasana yang selamat, ada mata-mata yang tidak selesa melihat adanya notifikasi yang keluar di telefon. Contohnya, makcik-makcik yang suka mengambil berat tentang anak saudara mereka yang sudah meningkat remaja.



Video Apple ini menunjukkan bagaimana fungsi keselamatan Face ID menghalang sesiapa yang bukan pemilik iPhone untuk membuka dan membaca mesej yang diterima. Jadi, pengguna iPhone boleh berasa selamat dari serangan soalan bertubi-tubi dari makcik yang suka mengambil berat terhadap diri mereka.

Untuk menghalang mesej dari dipaparkan sepenuhnya di skrin kekunci, anda boleh menetapkannya di dalam Settings. Caranya, pergi Settings > Notifications > Show Previews, dan pilih ‘When Unlocked‘.

Tak sabar rasanya nak tengok video Hari Raya yang lain. Video siapakah paling anda nantikan tahun ini? Antara video yang digemari ramai adalah seperti video kuih raya Aida oleh TNB. Video Petronas juga sering dinanti ramai.

Sementara menunggu senarai video Hari Raya 2024 keluar, anda boleh tonton dulu video Hari Raya tahun sudah dalam artikel kami di bawah ini.

  • Koleksi iklan Raya 2023: Pelbagai idea baru dicuba
  • Koleksi iklan Raya 2022: Tema balik kampung kembali
  • Koleksi iklan Raya 2021: Tiada lagi tema balik kampung
  • Koleksi gempak iklan Raya 2019
  • Iklan Raya 2018 Manakah Yang Anda Rasa Paling Epik?
Tags: appleHari Rayaiklan hari raya
Najib

Najib

POPULAR

Cara ini pastikan iPhone anda sentiasa selamat dari makcik bawang di Hari Raya

Cara ini pastikan iPhone anda sentiasa selamat dari makcik bawang di Hari Raya

21 March 2024
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN