• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sarung telefon Doraemon dan Buddy Gator? Dapatkannya di Casetify, ada juga sarung tablet dan fon putik

  • OLEH Najib
  • 2:46 pm
  • 22/03/2024
  • Komen
Sarung telefon Doraemon dan Buddy Gator? Dapatkannya di Casetify, ada juga sarung tablet dan fon putik
Share on FacebookShare on Twitter

Pengeluar sarung telefon dan perkakas terkemuka, Casetify kini telah mengumumkan barisan produk baru mereka untuk bulan Mac. Menariknya, Casetify kali ini bekerjasama dengan jenama popular, Doraemon dan Buddy Gator.

Casetify X Doraemon

Peminat Doraemon pasti sangat gembira dengan tawaran terbaru Casetify. Pintu suka hati, buluh terbang dan bermacam lagi tema berkaitan Doraemon kini boleh didapati dengan Casetify. Ia terdapat dalam bentuk sarung telefon, tablet, fon putik, serta tali pemegang telefon. Malah, terdapat juga tema Doraemon untuk pengecas MagSafe.



Contohnya, sarung telefon pintu suka hati ini boleh dipakai bersama iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max. Tiada pintu untuk dibuka, tetapi anda boleh menggunakan telefon tersebut untuk meneroka ke mana juga secara digital.

Satu lagi yang menarik adalah sarung Airpods dengan muka Doraemon dan buluh terbang. Ia juga hadir dengan penggantung di sisi. Ada juga sarung fon kepala Dorayaki, pau kegemaran Doraemon.



Jika anda mahu sesuatu yang boleh disuaikan secara peribadi, Casetify turut menawarkannya di mana pembeli boleh meletakkan pelbagai gambar dan perkataan berkaitan Doraemon menjadi aksesori yang diingini.

Koleksi Casetify X Doraemon ini akan dijual mulai 27 Mac 2024 dan boleh ditempah di laman web rasmi Casetify. Harganya dimaklumkan sekitar USD 48 ke USD 121 (~RM228 – RM574) bergantung kepada jenis.

Casetify X Buddy Gator

Jika tidak kenal, Buddy Gator merupakan lakaran yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia, Chow Hon Lam. Beliau menghasilkan komik ringkas yang menampilkan buaya sebagai watak yang membawa aura positif dalam semua perkara. Sekaligus memberi nasihat kepada orang ramai dalam bentuk yang mudah difahami.

Casetify menghasilkan aksesori dengan rekaan Buddy Gator seperti sarung telefon iPhone, Samsung Galaxy dan Google Pixel. Terdapat juga sarung fon putik dan tablet.

Aksesori Casetify X Buddy Gator boleh dibeli sekarang di laman web Casetify, dengan harga antara USD 13 – USD 99 (~RM61-RM469).

Bacaan Berkaitan

  • BTS Army kena dapatkan sarung telefon BTSD 6 di CASETiFY, sebelum kehabisan stok!
  • Ini cara Dbrand “kantoi”-kan plagiat Casetify
  • Satu lagi jenama mendakwa rekaan casing mereka dicuri Casetify
Tags: Buddy GatorCASETiFYdoraemon
Najib

Najib

POPULAR

Sarung telefon Doraemon dan Buddy Gator? Dapatkannya di Casetify, ada juga sarung tablet dan fon putik

Sarung telefon Doraemon dan Buddy Gator? Dapatkannya di Casetify, ada juga sarung tablet dan fon putik

22 March 2024
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026
Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

7 August 2026
Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

11 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN