Fenomena iklan raya kembali lagi. Semakin kita menghampiri Hari Raya Aidilfitri, terdapat banyak jenama dan syarikat yang sudah mula menerbitkan iklan raya mereka. Lagi menarik, ada juga iklan yang menerapkan penggunaan teknologi untuk mengikut peredaran masa.
Seperti biasa dan mengekalkan tradisi di SoyaCincau BM, kami akan menghimpunkan senarai iklan yang ada untuk tahun ini. Tetapi untuk kali ini, selain daripada menyenaraikan koleksi iklan raya, kami juga akan senaraikan 5 iklan raya terbaik tidak kira dari segi penceritaan, nilai produksi ataupun sinematik.
Oleh itu, saya mulakan dengan menyenaraikan 5 iklan terbaik.
A. PKNS – Conteng
Iklan ini mengisahkan seorang anak yang suka melukis disisihkan bapanya kerana dikatakan tidak berguna seperti adik-beradik lain. Tapi, dia membuktikan sebaliknya dan bertemu kembali dengan orang yang sangat dikenali.
B. Julie’s Biscuits – Iklan Raya A.I.dilfitri
Sebuah cerita yang kreatif. Mengaitkan penggunaan AI dan stereotaip untuk menghasilkan iklan raya, tetapi malangnya tidak berjaya. Mesej yang dibawa sangat bermakna dan pasti akan membuka minda anda.
C. MR.DIY – Sama-Sama Melangkah
Seorang anak terpaksa menghantar maknya ke pusat jagaan orang tua kerana terlalu sibuk bekerja. Akhirnya anak itu tersedar selepas ungkapan yang keluar dari mulut maknya.
D. RHB – Lembaran Baharu
Berdasarkan kisah benar, demi menghadiahkan sebuah kotak pensil kepada anaknya, maknya sanggup mencuri dan kemudiannya ditangkap. Apa yang berlaku seterusnya pasti menitiskan air mata anda.
E. Saji – Minyak Maaf
Semua orang kampung hilang sebab naik minyak dengan Abdul. Jalan penceritaan bagus, banyak penggunaan efek yang menarik, dan anda juga pasti akan bergelak ketawa menonton gelagat Jeoy Daud.
Itulah dia senarai 5 iklan raya terbaik. Ada yang genre sedih, kelakar dan ada juga yang menggunakan elemen teknologi AI. Menarik kan? Kalau anda pula macam mana? Cuba bagi cadangan 5 iklan terbaik anda. Selain itu, kalau anda nak tengok koleksi iklan raya lain, di sini saya nak senaraikan. Tapi, jika anda ada terjumpa iklan raya yang lain yang tak ada dalam senarai, boleh komen di bawah.
1. Grab – Aku Sebuah Beg Pesanan
Iklan yang agak unik sebab beg pesanan Grab boleh bercakap. Tapi mesej yang disampaikan agak sedih dan tunjukkan betapa pentingnya sesuatu itu untuk membolehkan Grab rider mencari rezeki.
2. Elrah – Tak Pernah Suka Mak
Kasihnya seorang mak pada anak, tapi tidak ditunjuk. Akhirnya semua sudah terlambat.
3. Petronas – Salam dari Hati
Filem ringkas dan padat menunjukkan salam Raya membawa makna berbeza untuk setiap peringkat usia.
4. PNB – Balang Kuih Abah
Penggunaan sinematografi bagus dalam menceritakan seorang ayah yang garang disebabkan masa lampaunya. Yang paling best, atoknya suka berTikTok.
5. CelcomDigi – Siri ‘Bukalah Hati’
Berlainan agama tidak semestinya akan memecahbelahkan keluarga.
6. Haier – #ShareLahSikit
Bila watak utamanya asyik kena berkongsi peralatan rumah dengan kawan, dia pun marah. Tapi selepas itu dia sedar…
7. Boost – Mana Duit Raya
Simpan duit raya di Boost boleh menang skuter EV BlueShark R1?
8. Takaful – Suamiku is Love
Isteri nak balik kampung belah dia pada raya pertama, si suami pun sama. Sudahnya, siapa yang mengalah?
9. PRUBSN – Kisah Raya Papa
Seorang bapa bertungkus-lumus untuk membuat persiapan raya. Tertanya mana maknya? Anda perlu tonton filem dari PRUBSN ini.
10. Taylor’s University – Suami Mithali
Si suami tidak bekerja, sudahnya orang beranggapan buruk. Tapi ada sebab kenapa suaminya tak bekerja. Anda rasa apa?
11. Affin Bank – #FOLLOWYOUBACKFOR RAYA
Menceritakan dugaan Anna yang berlainan budaya apabila pulang beraya di rumah bakal suaminya. Dapatkah dia mengharunginya?
12. Alicafe – Kalaulah
Kisah sedih apabila pertolongan keluarga sering tak diendahkan, sehinggalah mereka tiada
13. Carro – Siapa Siti?
Semasa dalam perjalanan pulang ke kampung, maknya terjumpa Siti. Tapi siapakah siti dan macam mana mak kenal? Klunya berwarna oren
14. Astro – Ada Apa Dengan Masa
Ikuti pengembaraan tiga beradik untuk pulang ke kampung selepas menerima mesej kecemasan dari ayahnya. Tapi betul ke ayahnya sakit?
15. Etiqa – Niat
Sebab nak upah, seorang budak sanggup lakukan kerja rumah untuk beli barang yang dia nak. Tapi, rupanya ada sebab lain.
Bacaan berkaitan
- Koleksi iklan Raya 2023: Pelbagai idea baru dicuba
- Koleksi iklan Raya 2022: Tema balik kampung kembali
- Koleksi iklan Raya 2022: Tema balik kampung kembali
- Koleksi iklan Raya 2021: Tiada lagi tema balik kampung
- Koleksi iklan Raya 2020: Masih gempak atau kurang menyengat kerana PKP?
- Koleksi iklan Raya 2019: Kembalinya tema gembira di hari lebaran
- Koleksi iklan Raya 2018: Manakah Yang Anda Rasa Paling Epik?