• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nubia Flip 5G dilancar, telefon lipat dari serendah RM2499 di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 6:02 pm
  • 11/04/2024
  • Komen
Nubia Flip 5G dilancar, telefon lipat dari serendah RM2499 di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Nubia, jenama telefon pintar di bawah ZTE baru-baru ini telah melancarkan telefon boleh lipat baru mereka, dikenali sebagai Nubia Flip 5G. Ia adalah telefon pintar bersaiz biasa dan boleh dilipat menjadi lebih kecil, seperti Samsung Galaxy Z Flip 5 atau Oppo Find N3 Flip.

Tetapi prestasi Nubia Flip 5G hanyalah di kelas pertengahan, bukannya kelas flagship seperti Samsung Galaxy Z Flip 5 atau Oppo Find N3 Flip. Oleh kerana itu, harga Nubia Flip 5G dilihat lebih murah berbanding peranti lipat lain. Malah, ada promosi menjadikannya sangat murah. Seperti membeli telefon pintar bukan lipat.



Harga rasmi dan promosi Nubia Flip 5G

Kepada yang berminat untuk memiliki Nubia Flip 5G, ia akan dijual di Malaysia mulai 15 April 2024. Hanya ada satu varian dipasarkan di Malaysia, dengan harga rasmi seperti berikut:

  • Nubia Flip 5G (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM3,999

Sememangnya harga rasmi ini murah sedikit, jika hendak dibandingkan dengan Galaxy Z Flip 5 yang dilancar tahun lepas dari harga RM4,499 untuk varian yang serupa. Tetapi jika anda membeli dalam tempoh tertentu, anda boleh membelinya dengan diskaun sehingga RM1,500!



Eksklusif di Stor Nubia di Lazada selama tiga hari dari 15-17 April 2024, Nubia Flip 5G boleh dibeli pada harga RM2,499 sahaja. Harga ini boleh didapati dengan menebus baucar yang terdapat di Lazada dan ia tersedia selagi stok masih ada.

Jika anda terlepas tempoh jualan 3 hari ini, Nubia menawarkan promosi yang masih sangat menarik selama hampir sebulan. Juga eksklusif di Stor Nubia di Lazada dari 18 April – 15 Mei 2024, diskaun sebanyak RM1,100 diberikan untuk pembeli Nubia Flip 5G. Pembeli juga akan menerima hadiah percuma bernilai RM368.

Spesifikasi Nubia Flip 5G

Prestasi kelas pertengahan untuk Nubia Flip 5G digerakkan oleh cip pemproses Snapdragon 7 Gen 1, cip serupa yang terdapat di Honor 90. Ia datang bersama RAM 8GB dan storan 256GB.

Skrin di dalam yang boleh dilipat adalah jenis OLED fleksibel, seluas 6.9-inci dengan resolusi HD Penuh (2790×1188) serta kadar penyegaran 120Hz. Di luar pula, ia dilengkapi skrin OLED berbentuk bulatan seluas 1.43-inci, dengan resolusi 466×466. Skrin luar ini boleh digunakan untuk previu semasa swafoto, serta memaparkan notifikasi apabila telefon dilipat. Menariknya, Nubia menyertakan haiwan peliharaan maya untuk skrin luar ini.

Untuk engsel yang digunakan, Nubia menyatakan ia mampu bertahan sehingga 200,000 kali dilipat serta menawarkan skrin tanpa kedutan. Apabila dibuka, telefon ini memiliki ketebalan hanya 7.3mm. Selepas dilipat, tebalnya cuma 15.5mm. Beratnya pula 214 gram.

Terdapat dua kamera di bahagian luar iaitu kamera utama 50MP F1.8 dan kamera potret 2MP. Di dalam pula, ada kamera 16MP dengan fokus tetap, terletak di dalam lubang kecil di atas skrin. Tetapi lebih mudah dan menarik jika menggunakan kamera luar 50MP bersama previu di skrin luar.

Tenaga Nubia Flip 5G disalurkan daripada bateri 4,310mAh dan ia menyokong pengecasan pantas 33W melalui USB-C. Tiada sokongan pengecasan wayarles. Selain itu, telefon ini turut dilengkapi pengimbas capjari di sisi, pembesar suara stereo serta menyokong NFC, 5G, Bluetooth 5.2 dan WiFi 6.

Nubia Flip 5G datang dalam dua pilihan warna iaitu emas dan hitam. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Nubia Flip 5G.

Bacaan Berkaitan

  • Oppo Find N3 Flip vs. Samsung Galaxy Z Flip 5: Mana lebih layak ada dalam poket anda?
  • Honor 90 5G: Miliki cip Snapdragon 7 Gen 1 paling laju dan kamera 200MP
  • Nubia Z60 Ultra boleh didapati di Malaysia dengan kemas kini AI
  • Redmagic 9 Pro dilancar lebih murah, percuma fon putik gaming
Tags: NubiaNubia FlipNubia Flip 5GZTE
Najib

Najib

POPULAR

Nubia Flip 5G dilancar, telefon lipat dari serendah RM2499 di Malaysia

Nubia Flip 5G dilancar, telefon lipat dari serendah RM2499 di Malaysia

11 April 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER