• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

Airbot L108S Pro Ultra: 5 perkara yang saya suka tentang vakum robotik ini

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 11:01 pm
  • 16/04/2024
  • Komen
240403 Airbot L108S Pro Ultra
Share on FacebookShare on Twitter

Pada awal tahun ini, Airbot ada lancarkan vakum robotik terbaharunya, L108S Pro Ultra. Saya dah cuba sendiri dan ada beberapa perkara menarik tentang vakum ini yang saya suka. Nak tahu apa dia? Jom saya kongsikan.

Sebelum tu, kita tengok dulu apa yang ada dalam kotak Airbot L108S Pro Ultra ini:



  • Buku manual
  • Vakum robotik, beratnya 4 kg ya
  • Tong sampah yang boleh mengosongkan dan mencuci bekas habuk dengan sendiri
  • Kain mengemop
  • Berus sisi
  • Penapis HEPA
  • Berus gulung
  • Beg sampah
  • Berus pembersih
  • Kabel kuasa

Tonton video di bawah ini untuk mengetahui perkara menarik tentang Airbot L108S Pro Ultra atau anda boleh membacanya di bahagian bawah:

1. Tempoh penggunaan dan kuasa sedutan

Vakum robotik ini ada kapasiti bateri 5,200mAh. Kalau bateri penuh, ia boleh guna sampai 220 minit atau sekitar 3 jam 40 minit dalam mod Eco. Memang puaslah kalau nak vakum satu rumah.



Mod sedutan pada vakum boleh ditukar melalui aplikasi

Cakap pasal mod, vakum ni ada 4 mod berbeza iaitu Eco, Standard, Strong dan Max. Kalau anda guna mod Max sekali pun, bunyinya tak bising, sama aje macam mod lain.

Kalau saya, saya suka guna mod Eco, jimat tenaga sebab boleh guna sampai 3 jam lebih, kan? Lebih-lebih lagi kalau kita memang vakum secara berkala, jadi keadaan rumah tu takdalah berhabuk sangat.

Untuk kuasa sedutan pula, boleh capai sehingga maksimum 8,000Pa, tinggi tu. Tapi kalau guna mod Max ni, tempoh penggunaan pun akan berkuranganlah, sekitar sejam lebih macam tu.

2. Ciri buang sampah sendiri

Satu ciri yang jarang ada pada robot vakum lain tapi ada pada Pro Ultra adalah ciri untuk kosongkan dan cuci bekas habuk sendiri. Jadi kita tak perlulah susah payah nak buang habuk setiap kali selepas vakum.

240403 Airbot L108S Pro Ultra

Bagi yang kaki travel tu, memang sesuai sangat guna vakum robotik ni. Anda boleh pergi bercuti dan tinggalkan berminggu-minggu tapi ia tetap boleh bersihkan rumah, sebab ada fungsi bersihkan bekas sampah sendiri sampai 7 minggu.

Selain jimatkan masa, fungsi ini juga dapat kurangkan sentuhan terus kepada habuk, satu kelebihan buat yang ada alahan tu.

3. 1 tangki air = 3 gelanggang badminton

Sebab vakum robotik ini ada fungsi mengemop, jadi padanya ada tangki air yang boleh diisi sehingga 400ml air. Ia dikatakan dapat bersihkan kawasan seluas 300 meter persegi atau bersamaan 3 gelanggang badminton.

240403 Airbot L108S Pro Ultra

Air mop yang digunakan bukan biasa-biasa ya, sebab tangki airnya akan hasilkan ion Ag+. Pada yang tak tahu, Ag+ ini adalah ion perak yang berfungsi melawan bakteria semasa pembersihan dilakukan.

Ada juga ciri pengaktifan air panas untuk menghasilkan ion Ag+. Jadi ia bukan hanya bersihkan lantai tapi siap ada lapisan kebersihan ekstra. Paling penting, semuanya automatik, anda hanya perlu tambah dan tukar air pada tangki aje bila sampai masanya.

4. Fungsi pengeringan udara hangat 45°C

Biasanya kalau kita mengemop lantai, lepas tu tak keringkan mop tu dengan baik, alamatnya memang akan ada bau hapak. Tapi dengan vakum robotik ni, tak perlu nak risau tentang tu sebab Pro Ultra ni ada fungsi pengeringan udara hangat 45°C. 

Ia akan keringkan mop secara perlahan-lahan, sekali gus dapat cegah bau, fungus dan pertumbuhan bakteria. Jadi kiranya, anda tak perlu susah-payah nak tanggal dan keringkan mop sebab takut berbau. 

Selain itu fungsi pengeringan udara hangat 45°C ini juga boleh cegah mop daripada kerosakan akibat terdedahan kepada suhu tinggi.  

5. Butang tekan

240403 Airbot L108S Pro Ultra

Bila sebut vakum robotik, mestilah akan digunakan bersama aplikasinya, yang boleh dikawal secara jarak jauh. Tapi bagusnya untuk Pro Ultra ini, ada panel kawalan butang tekan pada vakum untuk mudahkan individu yang tak tahu guna aplikasi, macam mak ayah atau atuk nenek kita.

Dalam banyak-banyak kelebihan tu, mestilah ada kekurangannya. Bagi saya, kekurangan vakum ini adalah sebab ia terlalu berat. Jadi kalau macam saya nak alihkan dok pengecasan tu, memang kena minta tolong orang lain.

Untuk harganya pula, Airbot L108S Pro Ultra boleh dibeli pada harga RM2,399 di Lazada atau Shopee. Bagi mendapatkan lebih maklumat lanjut mengenai vakum robotik ini, anda boleh layari laman rasmi produk.

Bacaan berkaitan:

  • Airbot lancar Aria HyperStyler Hairwrap, boleh kering dan gayakan rambut
  • Airbot lancar vakum robotik L108S Pro Ultra, ada ciri bersih tong sampah sendiri
Tags: AirbotAirbot L108S PRO ULTRAAirbot Malaysiavakum robotikvakum robotik Airbot L108S Pro Ultra
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
240403 Airbot L108S Pro Ultra

Airbot L108S Pro Ultra: 5 perkara yang saya suka tentang vakum robotik ini

16 April 2024
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER