• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kuasa AI Google Gemini akan datang ke peranti Oppo dan OnePlus tahun ini

  • OLEH Najib
  • 6:58 pm
  • 17/04/2024
  • Komen
Kuasa AI Google Gemini akan datang ke peranti Oppo dan OnePlus tahun ini
Share on FacebookShare on Twitter

Anda dah tengok kehebatan edit gambar dengan Galaxy AI di telefon Galaxy S24 Ultra, atau kecanggihan Magic Eraser di Google Photos tapi kena bayar? Jika anda pengguna Oppo atau OnePlus, tidak lama lagi anda juga boleh menikmati fungsi yang hebat dan canggih sebegini.

Di persidangan Google Cloud Next 24, Oppo membuat pengumuman bersama OnePlus, untuk menggunakan model AI yang dikuasakan oleh Google Gemini. Generative AI atau AI Penjanaan oleh Google Gemini akan membawakan era telefon AI serba baharu buat pengguna.



Dalam pengumuman yang sama, Oppo memaklumkan lebih 10 juta pengguna di China sudah boleh menikmati kuasa AI Penjanaan di model terpilih, seperti siri Oppo Find X7 dan OnePlus 12. Ciri AI ini akan diluaskan lagi kepada pengguna di seluruh dunia pada tahun 2024.

Oppo AI Eraser

Salah satu ciri menarik yang bakal diperkenal kelak adalah Oppo AI Eraser. Ciri ini membolehkan pengguna untuk membuang objek yang tidak diingini di dalam gambar, tanpa ada kesan.



Teknologi Oppo AI Eraser

Ia dijayakan dengan pemproses pengecaman AI dan teknologi pengisian gambar yang dicipta oleh Oppo. Oppo AI Eraser buat masa ini boleh mengesan lebih 120 objek, termasuk orang, haiwan peliharaan, telefon, bunga, pokok dan bangunan. Teknologi ini telah dilatih menggunakan berbilion tahap data untuk mencapai keputusan yang optimum supaya gambar kelihatan sempurna.

Peranti terawal terima AI Eraser

Menurut Oppo, peranti terawal yang akan menerima ciri AI Eraser adalah Reno 11 Pro, Reno 11, Reno 11 F, Find N3, dan Find N3 Flip.

Oppo dan OnePlus dilaporkan akan meneruskan kerjasama dengan Google secara aktif, untuk menggabungkan produk AI di awan kepada lebih banyak peranti. Ciri-ciri AI lebih canggih lain yang bakal dibawa adalah seperti rumusan artikel berita, penggubahan audio masa nyata dan pelbagai kemungkinan penjanaan kandungan media sosial.

Awal tahun ini, Oppo telah membangunkan Pusat AI mereka untuk menumpukan kajian dan pembangunan AI secara sistematik, dengan fokus untuk mencipta Telefon AI dengan keupayaan AI termaju.

Oppo dan OnePlus juga akan membangunkan lebih 100 ciri baru berasaskan teknologi AI penjanaan dalam tempoh 3 ke 5 tahun buat semua pengguna. Di samping bekerjasama dengan pelbagai rakan niaga antarabangsa, untuk membangunkan pengalaman Telefon AI serba canggih.

Bacaan Berkaitan

  • Oppo Reno 11F dibuka tempahan awal, telefon nipis dengan rekaan alam semulajadi
  • Ini senarai telefon Oppo yang terima ColorOS 14 dalam bulan Mac
  • Oppo Malaysia lancar Watch X, jam tangan pintar Wear OS 4 berharga RM1,399
Tags: Googlegoogle geminiOnePlusoppoOppo AI Eraser
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Kuasa AI Google Gemini akan datang ke peranti Oppo dan OnePlus tahun ini

Kuasa AI Google Gemini akan datang ke peranti Oppo dan OnePlus tahun ini

17 April 2024
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER