• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Terbukti! Nubia Neo 2 5G adalah telefon gaming dengan butang bahu termurah di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 1:41 pm
  • 22/04/2024
  • Komen
Telefon gaming mampu milik, Nubia Neo 2 5G akan dilancar di Malaysia tidak lama lagi
Share on FacebookShare on Twitter

Tidak syak lagi. Telefon pintar Nubia Neo 2 5G adalah telefon gaming sejati paling murah di Malaysia. Ini kerana ia hadir dengan butang bahu serta harga di bawah RM1,000. Perkara ini diumumkan oleh ZTE Malaysia di laman sosial rasmi mereka.

Harga dan Tempahan Awal Nubia Neo 2 5G

Telefon pintar gaming terbaru Nubia ini akan dijual di Malaysia pada hari Ahad, 28 April 2024. Hanya ada satu varian diperkenal, dengan harga seperti berikut:



  • Nubia Neo 2 5G (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM999

Walaupun ia RM100 lebih mahal berbanding harga pelancaran Nubia Neo 5G tahun lepas, naik taraf yang begitu banyak pada model kedua ini sememangnya sangat berbaloi dengan harganya.

Tempahan awal untuk Nubia Neo 2 5G akan dibuka mulai hari Selasa, 23 April 2024 eksklusif di Stor Rasmi Nubia Redmagic MY di Shopee Mall. Khas untuk 100 pembeli terawal, mereka akan turut menerima fon telinga ZTE Bluetooth bernilai RM159 secara percuma.



Spesifikasi Nubia Neo 2 5G

Ada banyak naik taraf pada Nubia Neo 2 5G tetapi satu perkara yang masih serupa dengan model sebelumnya adalah penggunaan cip Unisoc T820 8-teras 6nm. Ia digandingkan bersama RAM 8GB dan berupaya diluaskan secara dinamik sehingga 12GB, menjadikan jumlah RAM kepada 20GB. Nubia menggunakan storan pantas UFS 3.1 seluas 256GB untuk prestasi yang lebih tinggi. Dengan perkakas ini, Nubia Neo 2 5G memperoleh lebih 550,000 mata di ujian tanda aras AnTuTu v10.

Skrin jenis LCD seluas 6.72-inci dipasang di hadapan, memiliki resolusi HD Penuh dan kadar penyegaran adaptif sehingga 120Hz. Skrin ini memiliki lubang kecil yang datang dengan ciri Live Island, seakan-akan Dynamic Island di iPhone 15 Pro Max. Live Island boleh membesar untuk memaparkan maklumat penting seperti bateri, panggilan telefon serta notifikasi.

Kamera hadapan yang terletak dalam lubang kecil di dahi skrin menggunakan lensa 16MP dengan fokus tetap. Di belakang, ia ada dua kamera iaitu kamera utama 50MP dengan auto fokus dan kamera potret 2MP untuk tangkapan bokeh. Tiada kamera ultra lebar.

Bateri merupakan salah satu naik taraf terbesar, kini dengan kapasiti 6,000mAh. Ia menyokong pengecasan pantas 33W menerusi USB-C, dengan kepala pengecas turut diberikan di dalam kotak.

Tarikan utama telefon ini sudah pasti pada butang bahu yang terdapat padanya. Selain itu, Nubia Neo 2 5G turut dilengkapi perisian Game Space 2.0 untuk pelbagai kawalan berkaitan game seperti di Redmagic 9 Pro. Antaranya tetapan butang bahu, pengecasan terus ByPass, serta peningkatan prestasi.

Sistem bunyi stereo terdapat pada Nubia Neo 2 5G, lengkap dengan teknologi bunyi sekeliling DTS X Ultra. Tetapi ia tiada jek audio 3.5mm.

Nubia Neo 2 5G mengekalkan rekaan futuristik yang serupa dengan model sebelumnya, terutama rekaan mata robotik. Ia hadir bersama jaminan selama 18-bulan, serta tiga warna pilihan antara kuning, perak dan kelabu.

[Sumber: ZTE Malaysia]

Bacaan Berkaitan

  • Nubia Neo 5G guna cip Unisoc untuk harga mampu milik dan prestasi kelas pertengahan
  • Nubia Neo 5G hadir ke pasaran Malaysia, telefon gaming bawah RM1,000 lengkap dengan “Game Space”
  • [REVIU] Nubia Neo 5G bukti cip Unisoc boleh kuasakan telefon gaming, tapi ada banyak perkara perlu dikorbankan
Tags: NubiaNubia Neo 2ZTE
Najib

Najib

POPULAR

Telefon gaming mampu milik, Nubia Neo 2 5G akan dilancar di Malaysia tidak lama lagi

Terbukti! Nubia Neo 2 5G adalah telefon gaming dengan butang bahu termurah di Malaysia

22 April 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER