• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Infinix GT 20 Pro akan dilancar di Malaysia tidak lama lagi

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:50 pm
  • 24/04/2024
  • Komen
Infinix GT 20 Pro akan dilancar di Malaysia tidak lama lagi
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas hampir 9 bulan melancarkan Infinix GT 10 Pro, Infinix kini tidak berselindung lagi bahawa mereka akan memperkenalkan sekuel terbaru bagi telefon gaming siri Infinix GT, iaitu Infinix GT 20 Pro. Dalam hantaran di Facebook, mereka telah memuat naik teaser memaklumkan telefon pintar Infinix GT 20 Pro akan tiba di Malaysia tidak lama lagi.

Walaupun tidak menyatakan pada hantaran tersebut, Infinix dalam satu kenyataan kepada media tempatan telah mengesahkan pelancaran Infinix GT 20 Pro akan diadakan di Malaysia pada hari Khamis, 2 Mei 2024. Bagaimanapun, selain daripada itu, tiada maklumat lain yang didedahkan termasuklah rupa ataupun spesifikasi yang bakal didukung Infinix GT 20 Pro nanti.



Namun, berdasarkan hantaran di Facebook yang sama, video yang dikongsikan menunjukkan lampu separa bulat. Ini mungkin merujuk kepada sebahagian rekaan panel belakang Infinix GT 20 Pro, seperti yang terdapat pada Infinix GT 10 Pro sebelum ini.

Sebagai perbandingan, Infinix GT 10 Pro sebelum ini dilancarkan pada harga RM999 pada satu-satunya konfigurasi dengan RAM 8GB dan storan 256GB. Oleh itu, anda boleh jangkakan harga Infinix GT 20 Pro akan diletakkan lebih tinggi pada paras itu.



Spesifikasi Infinix GT 20 Pro

Seperti yang dikatakan tadi, maklumat berkenaan spesifikasinya masih tandus. Tetapi, berdasarkan apa yang laporan GSMArena, Infinix GT 20 Pro akan dikuasakan cip MediaTek Dimensity 8200 dengan RAM 12GB dan storan 256GB. Ia juga dikhabarkan ada paparan 120Hz, bateri berkapasiti 5,000mAh dan sokongan pengecasan pada 45W.

Selain itu, laporan yang sama turut berkongsikan lakaran telefon yang dipercayai adalah Infinix GT 20 Pro. Dari lakaran itu, ia nampak tidak banyak berbeza dengan rekaan generasi pertamanya, malah tetapan tiga kamera juga masih dikekalkan. Tapi, seolah terdapat lampu LED ditambah pada rekaan separa bulatan pada panel belakangnya.

Bagaimanapun, sudah tentu setakat ini ia hanyalah khabar angin dan maklumat hanga akan diketahui ketika pelancarannya nanti. Oleh itu, nantikan pelancaran Infinix GT 20 Pro yang akan diadakan dalam masa seminggu lagi.

[Sumber: Infinix Malaysia / GSMArena]

Bacaan berkaitan

  • Infinix Note 40 Malaysia: Anda boleh pratempah sekarang pada harga RM898
  • Infinix Note 40 Pro 5G Malaysia: Anda boleh pratempah sekarang pada harga RM1,098
  • Siri Infinix Note 40 Malaysia ada ciri macam iPhone, anda pasti sukakannya
  • Infinix GT 10 Pro boleh ditempah sekarang pada harga RM999, percuma penghantaran dan fon putik XE 27
Tags: InfinixInfinix GT 20 ProInfinix Malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Infinix GT 20 Pro akan dilancar di Malaysia tidak lama lagi

Infinix GT 20 Pro akan dilancar di Malaysia tidak lama lagi

24 April 2024
Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN