• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita Pengangkutan Automotif

Kia EV9 Malaysia: 2 varian GT-Line dibawa masuk, SUV 7 tempat duduk dengan jarak kembara 505km

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:16 pm
  • 03/05/2024
  • Komen
Kia EV9 Malaysia: 2 varian GT-Line dibawa masuk, SUV 7 tempat duduk dengan jarak kembara 505km
Share on FacebookShare on Twitter

Seteleh beberapa lama dipendam, akhirnya Kia EV9 masuki Malaysia menerusi Dinamikjaya Motors, sebuah anak syarikat kepada Bermaz Auto.

Berdasarkan maklumat harga, terdapat dua varian yang dibawa masuk iaitu dua yang paling tinggi dalam keluarganya. Berikut adalah harga jualannya di Malaysia:



  • EV9 GT-Line 7 Seater – RM368,888
  • EV9 GT-Line 6 Seater – RM373,888

Dua varian EV9 yang boleh didapatkan dalam pasaran kita adalah GT-Line kedua-duanya dengan varian lebih murah memiliki 7 tempat duduk sementara yang paling premium ada 6 tempat duduk. Pembeli varian 7 tempat duduk menikmati ciri melipat kerusi belakang dalam konfigurasi 60:40 untuk ruang kargo lebih luas sementara versi 6 tempat duduk menerima unit kerusi barisan kedua yang lebih selesa.

Itulah sahaja beza spesifikasi antara varian kerana lain-lain ciri mereka adalah serupa antara satu sama lain.



Sesuai dengan identitinya sebagai SUV 6/7 tempat duduk, fizikaliti Kia EV9 adalah besar. Ia lebih panjang berbanding BMW iX dan Mercedes-Benz EQE ataupun sedikit lebih pendek berbanding Mercedes-Benz EQS SUV. Kia EV9 mempunyai ukuran 5,010mm panjang, 1,980 lebar, dan gandar depan/belakang berjarak 3,100mm.

Kia EV9 di Malaysia adalah SUV elektrik pacuan semua roda. Kuasa yang dikeluarkan motor elektrik ini adalah pada paras 283kW (380hp/385PS) dengan tork setinggi 700Nm. Ia membolehkan kenderaan ini melakukan pecutan kembara dalam masa 5.3s dengan kelajuan maksimum mencecah 200km/j.

Berbekalkan bateri 99.8kWh, Kia EV9 GT-Line boleh bergerak sejauh 505km mengikut piawaian WLTP dan apabila perlu diisi semula, ia boleh menerima kuasa elektrik DC 350kW ataupun AC pada 11kW. Dengan pengecas DC yang sesuai, kapasiti bateri 10% boleh diisi sehingga 80% dalam masa 24 minit sahaja dan ia juga ada fungsi V2L pada paras 3.58kW.

Sistem bantu pandu pasif dan aktif (ADAS) juga sama antara varian. Anda terima ciri seperti:

  1. Adaptive Cruise Control with Stop and Go
  2. Blind Spot Monitoring
  3. Blind-Spot Collision-Avoidance Assist
  4. Driver Attention Warning
  5. Forward Collision-Avoidance Assist
  6. High Beam Assist
  7. Lane Keep Assist
  8. Lane Following Assist
  9. Parking Collision-Avoidance Assist (depan, belakang & sisi)
  10. Rear Cross-Traffic Collision Avoidance Assist
240503-kia ev9 gt specs 01.jpg
240503-kia ev9 gt specs 02.jpg
Tags: EVkiakia ev9kia ev9 gt-line
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Kia EV9 Malaysia: 2 varian GT-Line dibawa masuk, SUV 7 tempat duduk dengan jarak kembara 505km

Kia EV9 Malaysia: 2 varian GT-Line dibawa masuk, SUV 7 tempat duduk dengan jarak kembara 505km

3 May 2024
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN