• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Acer Nitro V 16: Laptop gaming bawah RM5,000 diperkasa Ryzen 7 8845HS dan RTX 4050

  • OLEH Putra Aziz
  • 10:17 pm
  • 07/05/2024
  • Komen
Acer Nitro V 16: Laptop gaming bawah RM5,000 diperkasa Ryzen 7 8845HS dan RTX 4050
Share on FacebookShare on Twitter

Acer Malaysia baru-baru ini telah memperkenalkan laptop gaming terbaru mereka, iaitu Nitro V 16 untuk pasaran Malaysia. Ia merupakan laptop gaming mampu miliki dan kemas kini daripada Nitro V15 sebelum ini dengan menampilkan penggunaan cip pemproses siri AMD Ryzen 8000, pertama kali buat siri Acer Nitro.

Acer memaklumkan Nitro V 16 terbaru ini turut dilengkapkan dengan teknologi Ryzen AI dan NVIDIA DLSS 3.5 untuk menawarkan prestasi hebat dan jangka hayat bateri yang dipertingkatkan AI.



Harga dan ketersediaan Nitro V 16 di Malaysia

Laptop gaming terbaru Acer Nitro V 16 ini tersedia didapatkan oleh semua pengguna di Malaysia sekarang. Hanya ada satu varian yang ditawarkan dan harganya adalah seperti berikut:

  • Acer Nitro V 16 (AMD Ryzen 7 8845HS, RTX 4050, RAM DDR5 16GB, SSD 512GB) – RM4,899

Untuk meraikan pelancarannya, Acer turut menawarkan promosi menarik dengan menyediakan hadiah bernilai RM438 kepada mereka yang membelinya sebelum 16 Mei 2024.



Sekiranya berminat, anda boleh dapatkannya di Acer eStor atau gedung rasmi Acer di Lazada dan Shopee.

Spesifikasi Acer Nitro V 16

Acer Nitro V 16 didatangkan dalam satu pilihan konfigurasi. Ia diperkasa cip pemproses AMD Ryzen 7 8845HS yang digabungkan dengan RAM DDR5 16GB berkelajuan 5600Mhz dan storan PCIe NVME SSD 512GB. Di bahagian GPU pula, ia menggunakan GeForce RTX 4050.

Seperti namanya, Acer Nitro V 16 memilik skrin berkuran 16-inci WUXGA (19200×1200) menggunakan nisbah 16:10. Panel paparan yang digunakan adalah jenis IPS LCD dan ia menyokong kadar penyegaran setinggi 165Hz serta masa respons pantas 3ms. Dengan GPU yang ia ada, laptop ini juga menyokong teknologi DLSS 3.5 untuk mempertingkatkan Ray Tracing menggunakan AI pada permainan.

Selain itu, ia juga dilengkapkan dengan fungsi AI bagi mempertingkatkan pengalaman penstriman atau persidangan video melalui PurifiedView dan PurifiedVoice 2.0. Menggunakan teknologi itu, tiga mikrofon yang ada pada laptop ini mampu untuk mengurangkan bunyi hingar menggunakan AI semasa bercakap.

Sementara itu, sistem bunyi laptop ini dikatakan mampu menawarkan pengalaman yang imersif kerana didatangkan dengan teknologi audio DTS:X Ultra.

Sebagai laptop berprestasi tinggi, bahagian penyejukan adalah penting dan Nitro V16 ini mengintegrasikan sistem penyejukan dwi kipas dengan empat ruang sedutan udara dan empat ekzos. Bukan itu sahaja, pengguna juga boleh memantau prestasi dan suhu laptop ini menerusi aplikasi NitroSense dan ia boleh dilancarkan dengan satu butang khusus NitroSense pada papan kekunci.

Daripada segi penawaran port, laptop ini mempunyai satu port HDMI 2.1, satu USB-C 4.0, dua USB-A, satu Ethernet RJ45 dan satu output audio 3.5mm. Untuk sambungan wayarles, ia menyokong Bluetooth 5.3 dan WiFi 6E.

Untuk maklumat yang lebih lanjut, anda boleh layari laman produk Acer Nitro V 16.

Bacaan berkaitan

  • Acer lancar Predator Helios 16 dan 18, hadir dengan skrin Mini LED 250Hz dan RTX 4090
  • Acer Swift Go 14 dengan Intel Core Ultra 7 ditawar pada harga bermula RM3,599
  • Acer lancar monitor baharu untuk gaming dan kerja dengan fungsi sentuh dan melengkung 34-inci
  • Acer Predator Triton Neo 16 dilancar dengan Intel Core Ultra baru dan GPU NVIDIA RTX 4070
  • Acer Swift Go 14 terima manfaat Intel Core Ultra 7 dalam badan 1.3kg
Tags: AcerAcer MalaysiaAcer Nitro V 16laptopNitro V 16
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Acer Nitro V 16: Laptop gaming bawah RM5,000 diperkasa Ryzen 7 8845HS dan RTX 4050

Acer Nitro V 16: Laptop gaming bawah RM5,000 diperkasa Ryzen 7 8845HS dan RTX 4050

7 May 2024
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER