• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AEON

AEON Bank akan lancar Bank Digital Islamik pertama Malaysia pada 26 Mei

  • OLEH Najib
  • 1:11 pm
  • 10/05/2024
  • Komen
AEON Bank akan lancar Bank Digital Islamik pertama Malaysia pada 26 Mei
Share on FacebookShare on Twitter

AEON Bank, salah satu bank digital yang mendapat lesen daripada Bank Negara Malaysia (BNM) akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran perkhidmatan mereka. AEON Bank juga bakal menjadi Bank Digital Islamik pertama beroperasi di Malaysia, serta bank digital kedua di Malaysia, selepas GXBank.

Pelancaran AEON Bank akan diadakan pada hari Ahad, 26 Mei 2024. Pada hari tersebut, dijangkakan AEON Bank akan melancarkan perkhidmatan bank digital mereka, sekaligus membuka pendaftaran kepada orang ramai.



Buka akaun dengan deposit RM20

Sebagai bank digital yang mendapat lesen daripada BNM, simpanan di AEON Bank akan dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sehingga RM250,000, seperti akaun bank lain. Semakan di laman web AEON Bank menunjukkan, pengguna boleh membuka akaun simpanan dengan deposit RM20 dan ditawarkan faedah menarik untuk menyimpan.

Akaun simpanan di AEON Bank akan menyokong penghantaran wang segera secara DuitNow Transfer. Selain itu, AEON Bank juga akan dilengkapi pengimbas kod QR, membolehkan pembayaran dan penghantaran wang menggunakan DuitNow QR.



Kad Debit-i AEON Bank x Visa

Sebelum ini, AEON Bank telah mengumumkan kerjasama dengan pakar kewangan antarabangsa Visa, untuk memperkenal kad Debit-i AEON Bank Visa kepada pelanggan. Kad debit ini boleh digunakan untuk membuat pembayaran di kedai yang menerima kad Visa, serta pengeluaran wang tunai di mesin ATM.

Pelanggan AEON Bank juga akan menikmati mata ganjaran untuk setiap perbelanjaan, menerusi program AEON Point. Mata ganjaran yang terkumpul ini boleh ditebus kepada pelbagai hadiah.

Pilih sendiri nombor akaun

Walaupun belum dilancar, aplikasi AEON Bank sudah tersedia di Apple AppStore dan Google PlayStore, tetapi untuk penguji BETA buat masa ini. Semakan terkini tangkap layar aplikasi menunjukkan, AEON Bank akan menawarkan pilihan nombor untuk akaun simpanan. Ia seperti pilihan nombor telefon.

Pastinya ini satu tarikan untuk membuka akaun simpanan AEON Bank, kerana pelanggan boleh memilih nombor yang diingini. Mungkin untuk serupa dengan nombor telefon, nombor plat kenderaan, atau apa sahaja nombor.

Sama-sama kita nantikan pelancaran AEON Bank pada 26 Mei nanti. Pasti ada banyak perkara menarik akan ditawarkan oleh AEON Bank untuk menarik minat orang ramai mendaftar dengan mereka. Sementara itu, boleh layari laman web AEON Bank untuk mengenali sedikit sebanyak tentang AEON Bank.

Bacaan Berkaitan

  • Bank Digital Islamik AEON Bank, akan lancar kad Debit-i Visa dan tawar pilihan nombor akaun peribadi
  • Bank digital patuh syariah, AEON Bank mula buka pendaftaran minat
  • Bank Digital patuh Syariah pertama di Malaysia, AEON Bank akan beroperasi tidak lama lagi
  • Bank Negara anugerahkan lesen bank digital kepada 5 konsortium ini, apa maknanya kepada kita?
Tags: aeon bankBank Digital
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank akan lancar Bank Digital Islamik pertama Malaysia pada 26 Mei

AEON Bank akan lancar Bank Digital Islamik pertama Malaysia pada 26 Mei

10 May 2024
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER