• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Jangan kena SCAM dengan pegawai NSRC palsu

  • OLEH Najib
  • 11:20 am
  • 14/05/2024
  • Komen
Jangan kena SCAM dengan pegawai NSRC palsu
Share on FacebookShare on Twitter

Ada bermacam cara penipu atau scammer nak memperdaya mangsa. Salah satu cara paling popular adalah dengan menyamar sebagai pegawai atau pihak berkuasa dan menakut-nakutkan mangsa supaya menyerahkan semua maklumat peribadi mereka, sekaligus mencuri wang di dalam akaun bank mangsa.

Terbaru, orang ramai digesa berjaga-jaga jika ada menerima panggilan daripada pegawai Pusat Respons Scam Kebangsaan atau NSRC. Macam biasa, scammer yang menyamar sebagai pegawai NSRC ini cuba menakut-nakutkan mangsa dengan mendakwa bahawa maklumat peribadi mereka, seperti nombor Kad Pengenalan atau nombor telefon mereka, terlibat dengan aktiviti haram macam pengedaran dadah atau langgar lari.



Scammer kemudiannya akan menggunakan taktik soal siasat untuk meyakinkan mangsa bahawa aktiviti jenayah itu benar-benar berlaku. Antaranya bercakap untuk masa yang panjang, memindahkan panggilan ke pegawai lain atau membuat panggilan beberapa kali kepada mangsa. Akhirnya setelah mendapat kepercayaan mangsa, mereka akan dimaklumkan masalah ini boleh diselesaikan dengan membuat bayaran yang besar dengan memindah wang secara atas talian, atau diminta menyerahkan kad debit atau kad ATM supaya pengeluaran wang boleh dibuat.

Tanda-tanda Red Flag

Orang ramai boleh mengelak daripada menjadi mangsa dengan berwaspada dan peka dengan petunjuk ‘red flag‘ atau ‘bendera merah’ yang sering diguna scammer. Jika terjumpa, bermakna orang tersebut adalah scammer. Beberapa red flag yang boleh dikesan seperti:



  1. Pegawai NSRC tidak akan menghubungi individu kerana NSRC hanya menerima panggilan daripada orang ramai
  2. Meminta maklumat peribadi terutama nombor akaun bank, maklumat kad debit serta nombor pin atau nombor panggilan dan SMS OTP/TAC
  3. Masalah boleh kawtim atau diselesaikan dengan membuat bayaran

Hubungi NSRC jika kena SCAM

Pelanggan yang telah menjadi mangsa scam harus menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan di nombor talian 997 serta talian khidmat pelanggan 24/7 bank masing-masing untuk mendapatkan bantuan dengan segera.

Pihak bank juga menggesa orang ramai untuk sentiasa berwaspada, terutamanya apabila mereka menerima panggilan dari nombor yang tidak dikenali. Pelanggan juga digalakkan untuk melindungi diri mereka dengan mengambil tahu modus operandi scam terkini di laman web www.JanganKenaScam.com.

Bacaan Berkaitan

  • Awas scammer Ninja Van di WhatsApp minta muat turun APK semak parcel
  • Adakah anda mudah jadi mangsa ‘scammer’? Jom cuba kuiz ini untuk tahu jawapannya
  • Whoscall guna data PDRM, kini boleh kesan pemanggil Scammer di WhatsApp
  • Kempen #JanganKenaScam dilancar untuk tingkat kesedaran rakyat tentang penipuan atas talian
  • Portal Fraud Kebangsaan dibangunkan untuk mudahkan orang ramai semak akaun bank scammer
Tags: NSRCSCAMscammer
Najib

Najib

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
Jangan kena SCAM dengan pegawai NSRC palsu

Jangan kena SCAM dengan pegawai NSRC palsu

14 May 2024
Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

5 February 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

9 February 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER