• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nubia Music tiba di Malaysia, telefon murah ada speaker besar kuat dan dua jek audio

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:50 pm
  • 10/06/2024
  • Komen
Nubia Music tiba di Malaysia, telefon murah ada speaker besar kuat dan dua jek audio
Share on FacebookShare on Twitter

ZTE nampaknya telah membawa masuk sebuah telefon pintar terbaru di Malaysia, iaitu Nubia Music. Ia merupakan telefon kelas permulaan yang hadir dengan rekaan menarik bertemakan rekod vinyl klasik bersama speaker dengan sokongan DTS:X Ultra berkelantangan 600% lebih kuat berbanding telefon lain, oleh yang demikian diberi nama Nubia Music.

Ketibaannya di Malaysia boleh dilihat dilakukan secara senyap kerana tiada sebarang pengumuman rasmi dilakukan oleh ZTE di laman sosial mereka. Bagaimanapun, ia telah tersenarai di laman web rasmi ZTE Malaysia dan boleh dibeli menerusi beberapa pengedar tempatan seperti SS Solution dan MMG.



Berdasarkan kedua-dua pengedar tersebut, Nubia Music dijual pada harga RM389 untuk satu-satu konfigurasinya dengan RAM 4GB dan storan 128GB. Dilihat SS Solution turut menyediakan hadiah percuma iaitu speaker wayarles, pengecas kereta dan kayu selfie.

Spesifikasi Nubia Music

Satu perkara unik pada Nubia Music ini adalah pada rekaannya. Ia ada rekaan menyerlah dan unik dengan menampilkan sebuah unit speaker besar di sebelah modul kamera. Speaker itu juga turut mempunyai sokongan DTS:X Ultra dengan kelantangan 600% lebih tinggi berbanding telefon pintar biasa. Kelantangan speakernya juga dikatakan dikuasakan dengan algoritma AI untuk mencapai tahap sebegitu.



Menariknya, terdapat dua kesan lampu khas pada telefon yang boleh berlampu mengikut rentak muzik pada perkataan “DTS:X” di tengah-tengah speaker dan sekeliling bucu skrin. Selain itu, ia turut dimuatkan dengan antena FM radio terbina, bermakna anda boleh mendengar radio tanpa memerlukan fon telinga berwayar dicucuk pada telefon terlebih dahulu.

Meskipun begitu, ia masih memiliki port jek audio 3.5mm untuk keperluan audio berwayar. Tetapi yang menariknya, ia dilengkapkan dengan bukan satu tetapi dua jek audio 3.5mm. Maka, anda boleh berkongsi pengalaman audio yang sama pada dua orang serentak.

Bercakap mengenai skrin, ia ada paparan LCD 6.6-inci menggunakan resolusi HD serta kadar penyegaran 90Hz. Terdapat juga lubang kamera menempatkan kamera hadapan 5MP. Untuk sistem kamera di belakang pula, ia dimuatkan dengan satu kamera utama menggunakan sensor 50MP dan juga sebuah lagi kamera AI.

Menunjukkan ia adalah sebuah telefon kelas permulaan adalah daripada cip yang digunakan. Nubia Music dikuasakan cip Unisoc SC9863A, cip yang diperkenal 6 tahun lepas dan menggunakan proses 28nm. Ia dipadankan dengan RAM 4GB berserta storan 128GB, tetapi RAM boleh diperluas lagi 4GB dengan RAM maya.

Kapasiti bateri yang dimuatkan adalah sebesar 5,000mAh dan ia boleh dicas semula dengan pengecasan 10W. Daripada segi perisian, Nubia Music akan datang lengkap bersama sistem operasi Android T. Lagi ciri lain yang ada termasuk NFC, Bluetooth 5.2, pengimbas cap jari di butang kuasa dan tersedia dalam dua pilihan warna iaitu oren dan warna-warni Pop Art.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web ZTE Nubia Music.

Bacaan berkaitan

  • Nubia V60, telefon murah baru dari ZTE dengan NFC dan mirip iPhone 15 Pro Max
  • ZTE lancar telefon lipat pertama mereka Libero Flip, harga bawah RM2,500
  • ZTE Blade A54 hanya RM369 tetapi spesifikasi melebihi jangkaan, waranti 18-bulan
  • ZTE Blade V50 Design: Hanya RM599 tapi skrin HD Penuh, storan 256GB
Tags: NubiaNubia MusicZTE
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Nubia Music tiba di Malaysia, telefon murah ada speaker besar kuat dan dua jek audio

Nubia Music tiba di Malaysia, telefon murah ada speaker besar kuat dan dua jek audio

10 June 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Realme 14T 5G dilancar, telefon 5G mampu milik ada skrin AMOLED 120Hz & bateri 6,000mAh

Realme 14T 5G dilancar, telefon 5G mampu milik ada skrin AMOLED 120Hz & bateri 6,000mAh

16 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER