• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xiaomi TV A 2025, Google TV terbaru dengan paparan QLED 4K UHD lebih mampu milik

  • OLEH Najib
  • 12:13 pm
  • 16/08/2024
  • Komen
Xiaomi TV A 2025, Google TV terbaru dengan paparan QLED 4K UHD lebih mampu milik
Share on FacebookShare on Twitter

Salah satu produk baru yang diperkenal Xiaomi Malaysia dalam pameran Xiaomi Smart Living Showcase adalah Xiaomi TV siri A 2025. Terdapat 3 model tv yang dilancar, kesemuanya menyokong sistem operasi Google TV terbaru dalam saiz 43-inci dan 55-inci.

Harga dan Ketersediaan

Xiaomi TV siri A 2025 telah mula dijual sejurus pelancarannya di Sunway Pyramid pada 15 Ogos 2024. Sempena pelancarannya, Xiaomi Malaysia turut menyediakan promosi jualan awal dengan diskaun untuk pembeli.



Dari 15 hingga 31 Ogos 2024, pembeli Xiaomi TV siri A 2025 boleh memiliki TV baru ini pada harga berikut:

  • Xiaomi TV A 55” 2025 – RM1,999 RM1,699
  • Xiaomi TV A 43” Pro 2025 – RM1,499 RM1,249
  • Xiaomi TV A 55” Pro 2025 – RM2,399 RM1,999

Mereka yang berminat, boleh membeli Xiaomi TV siri A 2025 mulai sekarang di semua Xiaomi Store, atau atas talian di Stor Online mi.com, serta di Lazada dan Shopee.



Khas untuk pembeli di Xiaomi Smart Living Showcase di Sunway Pyramid dari 15-18 Ogos 2024, mereka berpeluang menyertai cabutan bertuah yang menyediakan hadiah bernilai sehingga RM4,599.

Spesifikasi Xiaomi TV A 2025

Xiaomi memperbaharui barisan TV siri A 2025 dengan kemasan besi dan bingkai ultra ramping. Untuk permulaan, ia hanya terdapat dalam saiz 55-inci, memiliki resolusi 4k UHD (3840×2160), kadar penyegaran 60hz serta menyokong HDR10 dan MEMC.

Pemproses empat teras A55 bersama GPU Mali G52 menjadi tenaga penggerak utama TV ini. Ia hadir bersama RAM 2GB dan storan dalaman 8GB. Sistem bunyi stereo padanya memiliki kuasa 2x10W dan menyokong sistem bunyi Dolby Audio, DTS-X dan DTS Virtual:X.

Sebagai TV pintar, Xiaomi TV A 2025 menggunakan sistem operasi Google TV terbaru. Ia lengkap dengan pembantu suara Google Assistant serta gedung aplikasi Google Play untuk muat turun ribuan aplikasi. Secara lalai, aplikasi Netflix, Prime Video dan YouTube dipasang siap di dalamnya. Selain itu, sistem pemancar Chromecast dan Miracast turut tersedia.

Untuk sambungan wayarles, Xiaomi TV A 2025 menyokong Bluetooth 5.0 dan WiFi 5. Secara berwayar pula, ia menyediakan sambungan DVB-T2, HDMI, USB 2.0, LAN, AV dan Optical.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Xiaomi TV A 55 2025.

Spesifikasi Xiaomi TV A Pro 2025

Perbezaan terbesar siri A Pro berbanding bukan Pro adalah jenis paparan. Siri A Pro menggunakan paparan Quantum Dot LED (QLED), memberikan julat warna lebih luas dan sehingga 1 bilion warna. Ini membolehkan ia menghasilkan warna yang lebih tepat di skrin.

Untuk model A Pro 2025, Xiaomi kini menyediakan dua saiz untuk dibeli iaitu 43-inci dan 55-inci. Terdapat juga model 65-inci tetapi ia belum dijual di Malaysia. Kesemua model memiliki resolusi 4K UHD (3840xx2160) dan kadar penyegaran 60Hz.

Siri A Pro 2025 turut menggunakan pemproses empat teras A55 bersama GPU Mali G52. Ia turut disertakan dengan RAM 2GB dan storan dalaman 8GB. Model 43-inci datang dengan sistem bunyi stereo berkuasa 2x8W, manakala model 55-inci disertakan speaker stereo 2x10W. Ia turut menyokong sistem bunyi Dolby Audio, DTS-X dan DTS Virtual:X.

Sistem operasi Google TV terbaru digunakan pada Siri A Pro 2025. Ia lengkap dengan pembantu suara Google Assistant serta gedung aplikasi Google Play untuk muat turun ribuan aplikasi. Secara lalai, aplikasi Netflix, Prime Video dan YouTube dipasang siap di dalamnya. Selain itu, sistem pemancar Chromecast dan Miracast turut tersedia.

Untuk sambungan wayarles, Xiaomi TV A 2025 menyokong Bluetooth 5.0 dan WiFi 5. Secara berwayar pula, ia menyediakan sambungan DVB-T2, HDMI, USB 2.0, LAN, AV dan Optical.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Xiaomi TV A Pro 2025.

Bacaan Berkaitan

  • Siri Xiaomi TV A dilancar, diperkasa Google TV terbaru dan ada Xiaomi TV+
  • Siri Xiaomi TV A Pro hadir dengan Google TV & Xiaomi TV+, ada paparan 4K 60Hz, MEMC, Dolby Vision dan HDR10
  • Xiaomi TV Stick 4K, resolusi tinggi dalam badan ramping kini di Malaysia
  • Xiaomi Smart Band 9 dilancar, jejak kecergasan dan kesihatan hanya RM159
  • Redmi Buds 6 Active, fon putik paling murah Xiaomi hanya RM69
Tags: xiaomiXiaomi TV A 2025Xiaomi TV A Pro 2025
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Xiaomi TV A 2025, Google TV terbaru dengan paparan QLED 4K UHD lebih mampu milik

Xiaomi TV A 2025, Google TV terbaru dengan paparan QLED 4K UHD lebih mampu milik

16 August 2024
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER