• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PUBG Mobile berkolaborasi dengan Venom, tawar tema eksklusif bermula 18 Oktober

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:10 pm
  • 14/10/2024
  • Komen
PUBG Mobile berkolaborasi dengan Venom, tawar tema eksklusif bermula 18 Oktober
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau anda pemain tegar permainan PUBG Mobile, berita ini pasti mengujakan anda. Bersempena dengan sekuel ketiga filem Venom yang akan tiba ke panggung wayang, PUBG Mobile telah mengumumkan kolaborasi ekslusif bersama filem Venom: The Last Dance. Ia akan menyaksikan kombinasi tema serta kuasa Venom yang akan ditambah ke dalam permainan PUBG.

Kolaborasi ini akan dilancarkan pada 18 Oktober dan pengguna berpeluang untuk mendapatkan ganjaran bertemakan Venom dalam masa terhad, serta pemain boleh menggunakan kekuatan simbiotik Venom di dalam permainan PUBG. Ini termasuk kuasa Venom seperti Black Symbiote Arm, Black Symbiote Warhorses dan Black Symbiote Clusters.



Fungsi permainan bertemakan Venom

Sumber gambar

Untuk item Black Symbiote Arm, ia akan membolehkan pemain bergerak dengan pantas atau menarik musuh supaya lebih dekat dengan menggunakan tangan yang dilitupi dengan symbiote. Item Black Symbiote Warhorses akan membenarkan kuda biasa ditukar kepada Warhoses dengan mobiliti yang dipertingkatkan serta kesan khas dengan symbiote untuk serangan melee atau balingan.

Sementara itu, Black Symbiote Clusters pula akan ditampilkan di lokasi-lokasi istimewa di peta seperti Erangel, Sanhok dan Miramar, dengan ia akan memudahkan pemain mendapatkan dua item yang disebutkan tadi, iaitu Black Symbiote Arm dan Black Symbiote Warhorses.



Dalam masa sama, sempena kolaborasi ini juga, acara bertemakan Venom turut akan diadakan mulai 25 Oktober hingga 10 November 2024. Dalam tempoh ini, PUBG Mobile menawarkan peluang kepada pemain untuk memenangi ganjaran eksklusif bertemakan Venom: The Last Dance seperti Avatar, Bingkai Avatar, Payung terjun dan Home Statue.

Kalau anda berminat, kemas kini kolaborasi PUBG MOBILE x Venom: The Last Dance akan tersedia bermula 18 Oktober hingga 10 November 2024. Anda boleh kemas kini ataupun muat turun PUBG Mobile di App store dan Google Play Store.

Tags: pubgpubg mobilepubg mobile malaysiaPUBG x Venom: The Last DanceVenomVenom: The Last Dance
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

PUBG Mobile berkolaborasi dengan Venom, tawar tema eksklusif bermula 18 Oktober

PUBG Mobile berkolaborasi dengan Venom, tawar tema eksklusif bermula 18 Oktober

14 October 2024
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN