• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Yes 5G KawKawKaw: Tawaran terhad 999GB data untuk hanya RM1

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:44 pm
  • 06/11/2024
  • Komen
Yes 5G KawKawKaw: Tawaran terhad 999GB data untuk hanya RM1
Share on FacebookShare on Twitter

Yes 5G telah mengumukan kempen terbaharu mereka, iaitu KawKawKaw membolehkan pengguna mendapatkan data tambahan sebanyak 999GB dengan hanya RM1. Tawaran KawKawKaw ini tersedia dalam masa terhad dan didatangkan dengan kelajuan tanpa had untuk rangkaian 4G dan 5G.

Kelihatan ini adalah respons Yes 5G terhadap promosi Unifi Mobile yang mengumukan tawaran data 200GB pada hanya RM1 pada Julai lepas. Tetapi tidak seperti Unifi, promosi KawKawKaw Yes 5G boleh dinikmati kedua-dua pelanggan prabayar dan pascabayar berbanding hanya pelan pascabayar di Unifi.



Kempen KawKawKaw Yes 5G ini berjalan selama tiga bulan, dari 5 November 2024 hingga 5 Februari 2025. Data tambahan 999GB ini boleh didapatkan oleh semua pelanggan prabayar dan pascabayar (tidak termasuk pelan jalur lebar 5G) Yes 5G dengan komitmen bulanan minimum RM20 dan ke atas. Pembelian boleh dibuat melalui aplikasi MyYes.

Berdasarkan terma dan syarat kempen, tempoh sah data bagi pelan pascabayar adalah mengikut kitaran bil, manakala prabayar pula adalah selama 30 hari dari tarkih pembelian. Data 999GB boleh digunakan untuk kedua-dua rangkaian 4G dan 5G.



Bagaimana tawaran 999GB Yes 5G untuk pelan dengan data tanpa had?

Pelan pascabayar Yes 5G bermula pada harga RM35/bulan dan ia akan datang bersama data 150GB yang juga termasuk kuota hotspot dan panggilan tanpa had. Dengan promosi ini, anda boleh dapatkan data sebanyak 1,149GB pada harga hanya RM36/bulan.

Jika anda melanggan pelan Infinite postpaid berharga di antara RM58-RM178 yang sudah pun menyediakan data tanpa had, data 999GB tersebut akan ditambah ke dalam kuota hotspot bulanan anda.

Perkara yang sama juga terpakai untuk pelan prabayar. Setakat ini Yes 5G ada dua pilihan prabayar yang bermula pada harga RM20/bulan iaitu FT5G 20 yang menawarkan data 50GB dan panggilan tanpa had. Melalui promosi ini, pengguna FT5G 20 boleh peroleh data sebanyak 1,049GB pada hanya RM21/bulan.

Sementara itu, sekiranya anda menggunakan pelan prabayar tanpa had FT5G, tambahan 999GB tersebut akan boleh digunakan untuk hotspot.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk KawKawKaw Yes 5G RM1.

Tags: pascabayar yesprabayar yesYESyes 5gYes 5G KawKawKawYes FT5GYes Infinite
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Yes 5G KawKawKaw: Tawaran terhad 999GB data untuk hanya RM1

Yes 5G KawKawKaw: Tawaran terhad 999GB data untuk hanya RM1

6 November 2024
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN