• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor umum semula Earbuds Open, Watch 5 diperkenal dengan varian baru berharga RM649

  • OLEH Putra Aziz
  • 9:54 pm
  • 10/04/2025
  • Komen
Honor umum semula Earbuds Open, Watch 5 diperkenal dengan varian baru berharga RM649
Share on FacebookShare on Twitter

Honor hari ini turut mengumumkan peranti boleh pakai terkini mereka, iaitu Earbuds Open dan Watch 5. Kedua-dua peranti ini sebenarnya telah diperkenalkan pada Januari lepas, dan walaupun ia kelihatan seperti adalah pengumuman semula, sebenarnya Honor ada memperkenalkan varian baharu untuk jam pintar Watch 5.

Harga dan ketersedian Honor Earbuds Open dan Watch 5

Berikut adalah harga jualan Honor Earbuds Open dan Watch 5 di Malaysia:



  • Watch 5 (tali silikon) – RM599
  • Watch 5 (tali kulit) – RM649
  • Earbuds Open – RM699

Jika anda berminat, Watch 5 dengan tali silikon dan Earbuds Open telah pun tersedia untuk dibeli di Malaysia sekarang. Sementara itu, Watch 5 baharu dengan tali kulit akan tersedia untuk dibeli di Malaysia bermula 11 April 2025.

Setelah tersedia, anda boleh dapatkan Watch 5 melalui Lazada dan Shopee, serta Earbuds Open juga di Lazada dan Shopee.



Spesifikasi Honor Watch 5

Walaupun diperkenalkan dalam varian hijau baharu dengan tali kulit, spesifikasinya kekal sama seperti Watch 5 yang diumumkan pada Januari lalu. Ia menampilkan skrin AMOLED 1.85-inci dengan kepadatan piksel 450 x 390ppi, serta menggunakan rangka tengah yang diperbuat daripada aloi aluminium.

Terdapat juga butang boleh berputar di sebelah kanan jam. Daripada segi ketahanan, jam pintar ini diiktiraf tahap kalis air dan debu IP68 dan 5ATM. Ini bermakna ia boleh dibawa berenang dan boleh bertahan untuk kedalaman sehingga 50 meter untuk tempoh 10 minit.

Selain itu, jam pintar ini turut dilengkapi GPS terbina dikuasakan teknologi Honor AccuTrack untuk penjejakan lebih tepat, serta didatangkan dengan fungsi penjejakan kesihatan untuk memantau kadar degupan jantung, oksigen dalam darah dan pola tidur pengguna. Pengguna juga boleh mendapatkan laporan data kesihatan dengan pantas menggunakan ciri “One-click Health Scan”.

Antara sensor yang bloleh anda temukan pada jam termasuk akselerometer, giroskop, geomagnetik dan sensor kadar degupan jantung optik. Hayat bateri jam dikatakan boleh bertahan sehingga 15 hari menggunakan bateri silikon karbon 480mAh yang terdapat dalam jam.

Watch 5 juga serasi digunakan dengan peranti iOS dan Android, menyokong Bluetooth 5.2 dan tersedia dalam warna hitam dan emas dengan tali silikon, serta hijau baharu dengan tali kulit. Sebarang maklumat lanjut anda boleh dapatkan di laman produk Honor Watch 5.

Spesifikasi Honor Earbuds Open

Honor Earbuds Open adalah fon telinga jenis terbuka yang direka untuk keselesaan sepanjang masa tanpa perlu menutup saluran telinga. Ia menggunakan pemacu audio berbilang magnet bersaiz 16mm, dan turut dilengkapi sistem penyaring hingar aktif hibrid dengan tiga mikrofon bagi menyingkirkan bunyi luar semasa mendengar muzik atau ketika membuat panggilan.

Untuk panggilan yang lebih jelas, Earbuds Open ini turut tampil dengan Voice Pickup Technology yang membantu meningkatkan kejelasan suara anda ketika panggilan. Terdapat juga ciri AI Privacy Call yang memastikan audio kekal privasi dan tidak bocor keluar dari telinga, dan juga AI Live Translation dengan sokongan lebih daripada 15 bahasa termasuk bahasa Cina, Inggeris, Sepanyol, Jepun dan juga Malaysia.

Selain itu, Earbuds Open ini juga menyokong kawalan sentuhan pada permukaan fon telinga dan memiliki hayat bateri sehingga 6 jam pada fon telinga, dan sehingga 22 jam dengan bekas pengecas. Honor juga mendakwa pengecasan 15 minit boleh memberikan masa penggunaan selama 2 jam.

Tambahan pula, fon telinga turut serasi digunakan dengan peranti iOS dan Android, serta menyokong berbilang sambungan. Ia ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu hitam dan emas.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Honor Earbuds Open.

Tags: honorHonor Earbuds Openhonor malaysiaHonor Watch 5
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Honor umum semula Earbuds Open, Watch 5 diperkenal dengan varian baru berharga RM649

Honor umum semula Earbuds Open, Watch 5 diperkenal dengan varian baru berharga RM649

10 April 2025
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN