• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Google Pay kini sokong TNG eWallet & ShopeePay untuk pembayaran dalam talian

  • OLEH Putra Aziz
  • 8:35 pm
  • 22/04/2025
  • Komen
Google Pay kini sokong TNG eWallet & ShopeePay untuk pembayaran dalam talian
Share on FacebookShare on Twitter

Google telah mengumumkan integrasi dua ewallet, iaitu ShopeePay dan TNG eWallet pada perkhidmatan pembayaran mudah alih Google Pay di Malaysia. Ini merupakan integrasi ewallet yang pertama dengan Google Pay di Asia Tenggara.

Dengan integrasi ini, ia membolehkan pengguna Android untuk berbelanja atau membuat pembayaran di laman web Google Chrome menggunakan ShopeePay dan TNG eWallet melalui perkhidmatan Google Pay.



Walau bagaimanapun, ciri ini diperkenalkan bermula dengan peniaga dalam talian terpilih. Ini termasuk laman web yang menggunakan gerbang pembayaran Fiuu seperti Nando’s dan US Pizza, serta iPay88 seperti Alpro Pharmacy, TK Bakery dan Yoyo Bus.

Sementara integrasi awal hanya menampilkan dua ewallet ShopeePay dan TNG eWallet, Google turut memaklumkan integrasi akan diperluaskan untuk menyokong lebih banyak rakan kongsi pada masa akan datang.



Cara gunakan ShopeePay dan TNG eWallet di Google Pay

Mengenai cara ia berfungsi, apabila membeli-belah dalam talian, anda boleh menekan butang Google Pay semasa membuat pembayaran, atau memilih pilihan “eWallet” apabila diminta di dalam pelayar Chrome untuk membayar terus dengan ShopeePay atau TNG eWallet.

Tetapi untuk mula menggunakannya, anda perlu menambah sokongan ShopeePay atau TNG eWallet terlebih dahulu ke dalam Google Pay, dan melakukan proses pengesahan di aplikasi ewallet berkenaan. Setelah selesai, barulah anda boleh membuat pembayaran satu klik melalui Google Pay, tanpa perlu bertukar aplikasi.

Setiap transaksi juga akan memerlukan pengesahan cap jari atau PIN untuk memastikan pembayaran yang dibuat adalah selamat. Jika baki ewallet tidak mencukupi, anda boleh menambah nilai ewallet terus dari Google Pay.

Dalam masa sama, Google juga menyatakan, tidak lama lagi, pengguna akan boleh melihat baki ewallet terus dari Google Pay.

Tags: Googlegoogle malaysiagoogle payShopeePaytng ewallet
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Google Pay kini sokong TNG eWallet & ShopeePay untuk pembayaran dalam talian

Google Pay kini sokong TNG eWallet & ShopeePay untuk pembayaran dalam talian

22 April 2025
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER