• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Hotlink perkenal Travel SIM, tawar data 5G tanpa had merentasi 4 negara dari RM35

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:17 pm
  • 24/06/2025
  • Komen
Hotlink perkenal Travel SIM, tawar data 5G tanpa had merentasi 4 negara dari RM35
Share on FacebookShare on Twitter

Hotlink kini telah memperkenalkan Travel SIM yang menyediakan data 5G tanpa had merentasi empat negara termasuk Malaysia, Singapura, Thailand dan Indonesia. Ini menjadikannya pilihan ideal bukan sahaja untuk rakyat Malaysia yang ingin melancong ke negara jiran, tetapi juga untuk pelancong luar yang datang ke Malaysia.

Terdapat dua pakej yang ditawarkan untuk Travel SIM, dengan harga bermula RM35. Menariknya, selain data tanpa had, ia turut menawarkan panggilan tanpa had dalam Malaysia.



Data 5G tanpa had di 4 negara dari RM35

Macam yang dikatakan tadi, Travel SIM didatangkan dalam dua pilihan pakej, sama ada RM35 untuk tempoh sah 15 hari dan RM60 untuk tempoh sah lebih panjang selama 30 hari.

Tidak kira mana pelan yang anda pilih, kedua-duanya menawarkan data 5G tanpa had untuk penggunaan di Malaysia, Singapura, Thailand dan Indonesia dengan kelajuan internet 12Mbps. Kelajuan ini memadai untuk penstriman video pada HD 1080p.



Tetapi di Malaysia, pengguna juga mendapat panggilan tanpa had dan sokongan hotspot.

Namun, perlu untuk dinyatakan terdapat had FUP 100GB yang dikenakan. Sekiranya had tersebut dicapai, kelajuan internet akan diturunkan kepada 512kbps.

Jika anda memerlukan lebih banyak data, anda boleh membeli pas perayauan tambahan melalui aplikasi Hotlink, atau mendapatkan akses ke lebih banyak negara menerusi pas perayauan yang tersedia.

Bagi penggunaan di Malaysia, pengguna Hotlink Travel SIM boleh mengaktifkan pelbagai pas internet tambahan, dengan harga bermula daripada RM4 hingga RM45. Pas harian RM4 menawarkan internet tanpa had pada kelajuan 6Mbps dengan had FUP 6GB, manakala pas mingguan RM12 menawarkan internet tanpa had pada 6Mbps dengan FUP 20GB.

Terdapat juga pas internet bulanan yang menyediakan data tanpa had pada kelajuan 6Mbps dengan FUP 40GB pada harga RM25, serta pelan data 40GB berkelajuan tinggi dengan perayauan di Singapuran, Indonesia dan Thailand pada harga RM45. Semua pas ini juga datang dengan panggilan tanpa had di Malaysia.

Di mana nak dapatkan Travel SIM Hotlink?

Anda boleh dapatkan Travel SIM di Pusat Maxis seperti berikut:

  • Pusat Maxis KLIA 1 & 2
  • Pusat Maxis KLCC
  • Pusat Maxis NU Sentral
  • Pusat Maxis Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LIA)
  • Pusat Maxis Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA)
  • Pusat Maxis Suria Sabah
  • Pusat Maxis JB-1 Centre Danga Bay
  • Pusat Maxis Mahkota Parade

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman Hotlink Travel SIM.

Tags: hotlinkHotlink Travel SIMmaxisPerayauanRoamingTravel SIM
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Hotlink perkenal Travel SIM, tawar data 5G tanpa had merentasi 4 negara dari RM35

Hotlink perkenal Travel SIM, tawar data 5G tanpa had merentasi 4 negara dari RM35

24 June 2025
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN