• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kerajaan perlukan lebih masa untuk muktamadkan rasionalisasi subsidi RON95

  • OLEH Putra Aziz
  • 8:04 pm
  • 21/07/2025
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Pelaksanaan rasionalisasi subsidi untuk petrol RON95 mungkin tidak akan berlaku mengikut jadual asal. Perkara ini disahkan oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang berkata bahawa garis masa pelaksanaan dasar tersebut kini telah sedikit berubah.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Parlimen hari ini, selepas ditanya pihak media yang hadir mengenai status terkini pelaksanaan rasionalisasi subsidi bahan api itu.



“Perdana Menteri menyatakan pandangan bahawa beliau tidak mahu pelaksanaan dasar yang boleh memberikan kesan negatif kepada majoriti rakyat,” kata Fahmi.

Tambah beliau, selepas beberapa dasar telah dilaksanakan sebelum ini seperti penyasaran subsidi diesel dan inisiatif-inisiatif lain, kerajaan kini melihat keperluan untuk mengkaji dengan lebih teliti mekanisme agihan subsidi supaya tidak wujud sebarang kesan sampingan yang tidak diingini.

Fahmi turut merujuk kepada langkah peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang telah dibuat sebelum ini, di mana beberapa kajian dan pelarasan dilakukan selepas pengumuman awal. Jadi, prinsip yang sama kini diterapkan dalam pelaksanaan dasar subsidi RON95.



Tiada sebarang tarikh baharu diumumkan untuk pelaksanaan rasionalisasi subsidi RON95 buat masa ini. Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyatakan semasa pembentangan Belanjawan 2025 bahawa penyasaran subsidi petrol RON95 akan dimulakan menjelang pertengahan tahun 2025.

Beliau juga pernah menegaskan bahawa 85% rakyat Malaysia tidak akan terjejas oleh pelaksanaan dasar tersebut, kerana ia akan disasarkan kepada golongan berpendapatan tinggi dan bukan rakyat biasa.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan sebelum ini pernah menyatakan bahawa MyKad akan digunakan untuk mengesahkan kelayakan subsidi RON95, sama seperti kaedah yang digunakan dalam program Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Namun begitu, perkara ini masih belum dimuktamadkan secara rasmi.

Langkah ini dijangka akan menjadi asas kepada sistem subsidi bersasar yang lebih telus, namun pelaksanaannya masih bergantung kepada kesiapsiagaan infrastruktur dan keputusan akhir oleh kerajaan.

[Sumber: SoyaCincau]

Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026

Kerajaan perlukan lebih masa untuk muktamadkan rasionalisasi subsidi RON95

21 July 2025
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
KTM Komuter akan terima bayaran kad kredit, Apple Pay dan Samsung Pay tidak lama lagi

Bajet 2027: Pas My50 diteruskan, MyKomuter50 bakal diperkenalkan untuk KTM Komuter

10 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN