• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

PROMO: Apple Macbook Air 13″ M2 kini boleh dibeli pada harga RM2,899

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:18 pm
  • 30/07/2025
  • Komen
PROMO: Apple Macbook Air 13″ M2 kini boleh dibeli pada harga RM2,899
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau anda tengah cari MacBook, ini mungkin tawaran yang berbaloi untuk dipertimbangkan. Apple MacBook Air 13″ dengan cip Apple M2 kini ditawarkan pada harga bawah RM3,000 di Malaysia.

Walaupun bukan model terkini, MacBook ini masih merupakan pilihan menarik untuk pengguna yang nakkan laptop peringkat permulaan dalam ekosistem Apple. Ia menawarkan prestasi yang mencukupi untuk kegunaan harian dan bateri yang tahan lama sehingga 18 jam.



MacBook Air 13″ M2 ini boleh dimiliki pada harga hanya RM2,899 menerusi stor rasmi Apple Authorised Reseller di Lazada. Ia juga ditawarkan dengan pelan ansuran selama 36 bulan dengan bayaran RM80.53 sebulan.

Lebih menarik, ini adalah konfigurasi dinaik taraf dengan RAM dua kali ganda lebih besar, 16GB bersama storan SSD 256GB. Untuk konteks, pada Oktober 2024, konfigurasi ini dijual pada harga RM4,499, menjadikan ia sekarang mengalami diskaun sebanyak RM1,600.



Asalnya dilancar pada tahun 2022, Macbook Air 13″ M2 didatangkan dengan skrin Liquid Retina beresolusi 2560 x 1644 dan dijana cip cip M2 yang memiliki 8 teras CPU dan 8 teras GPU. Ia juga dilengkapkan dengan kamera HD 1080p, pengimbas cap jari, pengecasan MagSafe 3 dan dua port Thunderbolt/USB 4.

Sistem audionya menggunakan empat pembesar suara dengan tiga mikrofon, serta jek audio bagi sambungan audio berwayar. Kapasiti baterinya bersaiz 52.6Whr yang dikatakan mampu menawarkan 15 jam masa layari laman web atau sehingga 18 jam tontonan video. Ia boleh dicas menggunakan blok 30W yang disertakan.

Untuk spesifikasi lebih lanjut, anda boleh baca artikel kami tentang pelancaran MacBook Air M2.

Tags: appleapple macbookApple MacBook Air M2laptopmacbook airmacbook air m2
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
PROMO: Apple Macbook Air 13″ M2 kini boleh dibeli pada harga RM2,899

PROMO: Apple Macbook Air 13″ M2 kini boleh dibeli pada harga RM2,899

30 July 2025
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN