• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

Asus lancar ROG Xbox Ally & Ally X dengan AMD Ryzen AI Z2 Extreme, bateri 80Wh, dari RM2,699

  • OLEH Putra Aziz
  • 8:59 pm
  • 03/10/2025
  • Komen
Asus lancar ROG Xbox Ally & Ally X dengan AMD Ryzen AI Z2 Extreme, bateri 80Wh, dari RM2,699
Share on FacebookShare on Twitter

Asus Malaysia kini telah mengumumkan konsol permainan mudah alih terbaharu, ROG Xbox Ally dan Ally X. Dibangunkan dengan kerjasama Xbox, kedua-dua model ini tampil dengan rekaan ergonomik diinspirasikan daripada alat kawalan Xbox, serta menjanjikan prestasi lebih berkuasa dan cekap tenaga berbanding ROG Ally sebelumnya.

Harga dan ketersdiaan

Harga rasmi ROG Ally dan Ally X untuk pasaran Malaysia adalah seperti berikut:



  • ROG Xbox Ally – RM2,699
  • ROG Xbox Ally X – RM4,299

Kedua-dua model ini akan mula dijual di semua pengedar sah ASUS bermula 17 Oktober 2025.

ROG Xbox Ally dan ROG Xbox Ally X sudah boleh dipratempah bermula hari ini, 3 Oktober 2025 pada jam 8.15 malam. Tetapi untuk peringkat awal, tempahan eksklusif boleh dibuat melalui ASUS e-Store pada 3 Oktober, manaklaa lebih meluas melalui pengedar rasmi ASUS dari 6 Oktober hingga 15 Oktober 2025.



Bagi pembeli awal dari 3 Oktober hingga 15 Oktober, ROG turut menawarkan hadiah bernilai RM999 yang merangkumi:

  • ROG SLASH Sling Bag 4.0
  • Pelindung skrin ROG Xbox Ally
  • Kad mikroSD 512GB
  • Waranti kerosakan tidak sengaja selama 2 tahun

Selain itu, ada juga promosi PWP (Pembelian dengan Pembelian) 20% untuk aksesori rasmi seperti ROG Bulwark Dock DG300 dan ROG 65W Gaming Charger Dock.

Spesifikasi ROG Xbox Ally dan Xbox Ally X

Perbezaan ketara untuk ROG Xbox Ally dan Ally X baharu ini adalah dari segi rekaannya. Ia kini tampil dengan rekaan baharu yang lebih ergonomik, diinspirasikan daripada alat kawalan Xbox untuk genggaman lebih selesa. Ia hadir dengan butang Xbox Game Bar khas bagi akses pantas ke Armoury Crate SE, di samping susunan kawalan standard seperti trigger kiri/kanan, ABXY, D-pad, serta joystick analog.

Untuk paparan, kedua-duanya berkongsi skrin sentuh 7” IPS LCD dengan nisbah 16:9, resolusi FHD 1080p, kadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak 500 nits. Ia turut menyokong AMD FreeSync untuk pengalaman visual lebih lancar, bersama perlindungan Corning Gorilla Glass Victus dengan salutan anti-reflektif Corning DXC.

Model ROG Xbox Ally X dikuasakan oleh cip baharu AMD Ryzen AI Z2 Extreme, dikatakan direka untuk keseimbangan prestasi dan jangka hayat bateri yang lebih baik. Menurut Asus, ujian mereka menunjukkan peningkatan prestasi sehingga 30% dalam game seperti Indiana Jones and the Great Circle dan Doom: The Dark Ages, berbanding ROG Ally X terdahulu.

Ia juga menjanjikan ketahanan bateri hampir 2 kali ganda ketika bermain Hollow Knight: Silksong, hasil daripada bateri lebih besar 80Wh. Kedua-duanya menjalankan sistem oeprasi Windows 11.

Sementara itu, ROG Xbox Ally menggunakan cip AMD Ryzen Z2 A, yang didakwa menawarkan peningkatan prestasi 20% dalam Forza Horizon 5 dan Gears of War: Reloaded, serta ketahanan bateri 110% lebih lama berbanding generasi sebelumnya. Kapasiti bateri yang dimuatkan pada ROG Xbox Ally adalah sedikit lebih kecil, 60Wh. Kedua-dua model menyokong pengecasan pantas melalui pengecas 65W yang disertakan dalam kotak.

Kedua-dua cip ini turut menyokong teknologi grafik baharu daripada Radeon termasuk AMD FidelityFX Super Resolution (FSR), Radeon Super Resolution (RSR) dan AMD Fluid Motion Frames (AFMF) untuk kadar bingkai lebih lancar sehingga 60% lebih baik. Lebih menarik, ROG Xbox Ally X hadir dengan NPU terbina dalam, yang akan membuka potensi penggunaan ciri AI dalam game generasi akan datang.

Untuk memori dan storan, Ally X dilengkapi dengan 24GB RAM LPDDR5X dan storan 1TB SSD, manakala Ally biasa hadir dengan RAM 16GB dan storan 512GB. Dari segi sambungan, kedua-duanya lengkap dengan WiFi 6e, Bluetooth 5.4, slot mikroSD UHS-II dan jek audio 3.5mm. Namun, konfigurasi port sedikit berbeza. Ally X menawarkan satu port USB-C Thunderbolt 4 (PD 3.0) bersama satu USB-C 3.2 Gen 2, manakala Ally hanya dilengkapi dua port USB-C 3.2 Gen 2 (PD 3.0).

Akhir sekali, perbezaan kedua-dua model adalah pada berat dan warna. ROG Xbox Ally X hadir dalam kemasan hitam dengan berat sekitar 715g, manakala ROG Xbox Ally lebih ringan sedikit pada 690g dan tersedia dalam warna putih.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk siri ROG Xbox Ally.

Tags: asusasus malaysiaASUS ROGROG AllyROG Xbox AllyROG Xbox Ally X
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
Asus lancar ROG Xbox Ally & Ally X dengan AMD Ryzen AI Z2 Extreme, bateri 80Wh, dari RM2,699

Asus lancar ROG Xbox Ally & Ally X dengan AMD Ryzen AI Z2 Extreme, bateri 80Wh, dari RM2,699

3 October 2025
Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

24 September 2025
Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

24 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER