• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri Huawei Nova 14 Malaysia: Dilengkapi sistem dwikamera depan & bateri besar 7,000mAh

  • OLEH Putra Aziz
  • 12:20 am
  • 04/11/2025
  • Komen
Siri Huawei Nova 14 Malaysia: Dilengkapi sistem dwikamera depan & bateri besar 7,000mAh
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei Malaysia kini memperkenalkan siri telefon pintar baharu Nova 14, yang menyasarkan segmen pertengahan premium. Ia adalah sekuel kepada Nova 13 dilancar Disember tahun lalu. Seperti pendahulunya, terdapat tiga model diperkenal, iaitu Nova 14 Pro, Nova 14, dan Nova 14i dengan harga bermula daripada RM1,299.

Model Nova 14 dan Nova 14 Pro hadir dengan kamera hadapan 50MP yang menyokong ciri Pro Portrait, manakala model paling mampu milik, Nova 14i hadir dengan bateri besar 7,000mAh untuk penggunaan lebih lama.



Harga siri Huawei Nova di Malaysia

Siri Huawei Nova 14 kini rasmi dijual di Malaysia, dan berikut ialah harga jualan rasminya:

  • Huawei Nova 14i (8GB + 256GB) – RM1,299
  • Huawei Nova 14 (12GB + 256GB) – RM1,799
  • Huawei Nova 14 Pro (12GB + 512GB) – RM2,399

Sempena pelancarannya, Huawei Malaysia menawarkan baucar pembelian awal bernilai RM130, dan pembeli juga akan menerima hadiah percuma termasuk Huawei Scale 3 bernilai RM109. Selain itu, khusus untuk pembeli Nova 14 dan Nova 14 Pro, mereka turut akan menerima Huawei Band 10 bernilai RM189, selagi stok masih ada.



Kalau berminat, siri Nova 14 boleh didapati menerusi Huawei Online Store dan di gedung rasmi mereka di:

Lazada

  • Nova 14i
  • Nova 14 / 14 Pro

Shopee

  • Nova 14i
  • Nova 14 / 14 Pro

Spesifikasi Huawei Nova 14 Pro

Huawei Nova 14 Pro merupakan model paling premium dalam siri ini, dilengkapi paparan kuadlengkung (quad-curved) jenis LTPO OLED 6.78 inci dengan kadar segar semula 120Hz, resolusi Full HD+ (2776×1225 piksel) dan kecerahan maksimum mencecah1,200 nits. Di dalamnya, ia dikuasakan cip Kirin 8020, digandingkan dengan RAM 12GB dan storan 512GB.

Untuk fotografi, Nova 14 Pro hadir dengan sistem empat kamera belakang, terdiri daripada kamera utama 50MP dengan bukaan boleh ubah f/1.4–f/4.0, kamera telefoto optikal 12MP f/2.4 dengan zum optikal 3x dan kamera ultralebar makro 8MP. Terdapat juga kamera Ultra Chroma yang melaras tona dan warna dengan 1.5 juta saluran spektrum, serta dilengkapi dwi-flash adaptif pelbagai fokus.

Untuk swafoto, terdapat sistem dwikamera depan, 50MP dengan autofokus dan 8MP dengan zum optikal 2x. Tenaga pula dibekalkan oleh bateri 5,500mAh dengan sokongan pengecasan pantas Huawei SuperCharge 100W. Huawei mendakwa pengecasan selama 5 minit mampu memberikan sehingga 5.3 jam tontonan video. Ia juga menjalankan EMUI 15.0.

Spesifikasi Huawei Nova

Turun setahap di bawah adalah Huawei Nova 14. Model yang ditengah-tengah ini hadir dengan paparan OLED 6.7 inci rata yang menyokong kadar segar semula 120Hz dan resolusi Full HD+ (2412×1084 piksel). Berbeza dengan Nova 14 Pro, model ini menampilkan reka bentuk berbingkai rata.

Di bahagian dalam, ia dikuasakan oleh cip Kirin 8000, digandingkan dengan RAM 12GB dan storan 256GB. Dari segi pengimejan, peranti ini dilengkapi dengan tiga kamera belakang yang terdiri daripada kamera utama 50MP, kamera telefoto potret 12MP dengan zum optikal 3.4x, dan kamera ultralebar makro 8MP.

Untuk swafoto, ia menampilkan kamera hadapan 50MP yang ditempatkan dalam lubang kecil pada skrin.

Nova 14 turut disertakan dengan bateri 5,500mAh yang menyokong pengecasan pantas Huawei SuperCharge 100W. Ia menjalankan EMUI 14.2 sejurus keluar dari kotak.

Spesifikasi Nova 14i

Akhir sekali adalah Huawei Nova 14i. Walaupun ia model paling murah dalam siri ini, ia hadir dengan paparan terbesar, skrin LCD 6.95 inci berkadar segar semula 90Hz dengan resolusi Full HD+ (2376×1080 piksel).

Berbeza daripada dua model lain, Nova 14i dikuasakan oleh cip sedikit kurang berkuasa, Qualcomm Snapdragon 680, bersama 8GB RAM dan 256GB storan dalaman.

Untuk kamera, ia dilengkapi dengan tetapan dwikamera, merangkumi kamera utama 50MP dan sensor depth 2MP, manakala di hadapan terdapat kamera swafoto 8MP.

Tenaganya dijana oleh bateri besar 7,000mAh yang mampu bertahan sehingga 26 jam tontonan video, serta menyokong Huawei SuperCharge berkemungkinan 22.5W. Dengan hanya 10 minit pengecasan, anda boleh dapat sehingga 3.1 jam tontonan video. Ia menjalankan EMUI 14.2 sejurus keluar dari kotak.

Sebagaimana telefon pintar Huawei yang lain, siri Nova 14 juga tidak disertakan Google Play Store dan tidak menyokong rangkaian 5G. Namun begitu, pengguna masih boleh memuat turun aplikasi melalui Huawei AppGallery, yang kini merangkumi kebanyakan aplikasi popular di Malaysia termasuk perbankan dalam talian, dompet digital, pemesejan dan e-hailing.

Tags: HuaweiHuawei MalaysiaHuawei NovaHuawei Nova 14Huawei Nova 14 Pro
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

24 October 2025
Proton e.MAS 5: EV paling mampu milik Malaysia dilancar, dari RM56,800

Proton e.MAS 5: Kos servis 10 tahun tak sampai RM2,500, ini butirannya

1 November 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025
Siri Huawei Nova 14 Malaysia: Dilengkapi sistem dwikamera depan & bateri besar 7,000mAh

Siri Huawei Nova 14 Malaysia: Dilengkapi sistem dwikamera depan & bateri besar 7,000mAh

4 November 2025
Siri Oppo Find X9 tiba di Malaysia dengan kamera Hasselblad 200MP & cip Dimensity 9500

Siri Oppo Find X9 tiba di Malaysia dengan kamera Hasselblad 200MP & cip Dimensity 9500

29 October 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER