• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Motorola Razr Fold diperkenal, telefon lipat dengan skrin besar 8.1″ & sokong stailus

  • OLEH Putra Aziz
  • 2:41 pm
  • 08/01/2026
  • Komen
Motorola Razr Fold diperkenal, telefon lipat dengan skrin besar 8.1″ & sokong stailus
Share on FacebookShare on Twitter

Motorola, jenama di bawah Lenovo kini secara rasmi memperkenalkan Motorola Razr Fold semasa acara Lenovo Tech World 2026 bersempena CES 2026. Seperti namanya, ia merupakan telefon lipat gaya buku dan boleh dilihat sebagai pesaing kepada Samsung Galaxy Z Fold.

Ini juga kali pertama Motorola membawa rekaan lipat buku, sekali gus memperluas pilihan telefon lipat mereka yang sebelum ini hanya berbentuk flip atau clamshell. Walaupun diumumkan, spesifikasi penuh, harga dan ketersediaan Razr Fold masih belum didedahkan.



Berikut adalah perkara yang telah diumumkan setakat ini.

Spesifikasi Motorola Razr

Motorola Razr Fold dilengkapi skrin luar 6.6″. Apabila dibuka, ia menampilkan skrin dalam bersaiz 8.1″ jenis LTPO dengan resolusi 2K. Perlu untuk ditekankan juga kedua-dua skrin ini 0.1″ lebih besar berbanding skrin Galaxy Z Fold 7.



Dari segi pengimejan, Razr Fold dibekalkan tetapan tiga kamera belakang 50MP, termasuk kamera utama 50MP, kamera ultralebar 50MP dengan keupayaan makro dan kamera telefoto periskop 50MP dengan zum optikal 3x. Menurut Lenovo, Razr Fold juga mengguna pakai sensor imej utama Sony LYTIA dan menyokong rakaman Dolby Vision bersama penstabilan imej video.

Untuk selfie, pengguna boleh menggunakan kamera depan 32MP pada skrin luar atau sensor 20MP pada skrin dalaman yang terletak di bucu atas kanan.

Berbeza dengan Galaxy Z Fold 7 yang kini tidak lagi menyokong S Pen, Razr Fold hadir dengan sokongan Moto Pen Ultra, yang dijual secara berasingan. Stailus ini menyokong tekanan & pengesanan kecondongan, dan boleh dicas dalam kotak pengecas sendiri. Stailus ini juga serasi dengan telefon pintar Motorola Signature.

Selain itu, telefon ini juga menyoknog pelbagai ciri AI berjalan atas peranti seperti Catch me up dan Next Move. Sebagai peranti lipat yang dikhususkan untuk produktiviti, Razr Fold turut menyokong susun atur fleksibel, antaramuka adaptif, serta kawalan intuitif menerusi Moto Pen Ultra.

Walau bagaimanapun, maklumat mengenai kapasiti bateri dan cip pemproses masih belum didedahkan. Jadi masih belum jelas sama ada Razr Fold akan menggunakan Snapdragon 8 Elite Gen 5 atau cip flagship lain daripada MediaTek.

Selain itu, walaupun Razr Fold kelihatan nampak cukup nipis, tiada maklumat rasmi tentang dimensi dan berat. Telefon ini ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Pantone Blackened Blue dan Pantone Lily White.

Tags: MotorolaMotorola Razr Foldtelefon lipat
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Motorola Razr Fold diperkenal, telefon lipat dengan skrin besar 8.1″ & sokong stailus

Motorola Razr Fold diperkenal, telefon lipat dengan skrin besar 8.1″ & sokong stailus

8 January 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN