• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Enam tahun menanti, Apple akhirnya lancar HomePod mini 2 harga RM649

  • OLEH Mas Idayu
  • 12:50 pm
  • 14/10/2026
  • Komen
Enam tahun menanti, Apple akhirnya lancar HomePod mini 2 harga RM649
Share on FacebookShare on Twitter

Apple akhirnya melancarkan HomePod mini generasi kedua, enam tahun selepas model pertamanya diperkenalkan pada tahun 2020.

Walaupun mengekalkan reka bentuk bulat yang sama, HomePod mini 2 kini membawakan beberapa pembaharuan utama:



  • Cip yang dinaik taraf untuk prestasi lebih lancar
  • Ciri bunyi sekeliling (surround sound) di mana pengguna boleh memasang sehingga empat unit HomePod mini 2 pada Apple TV 4K generasi keempat dan komputer Mac
  • Ciri sound glow yang menjadikan permukaan berlampu di bahagian atas boleh bercahaya dan berdenyut mengikut rentak muzik
  • Pilihan warna baharu yang lebih segar

Harga Apple HomePod mini 2 dan ketersediaan

Di Malaysia, Apple HomePod mini 2 dijual pada harga rasmi RM649.

Harga ini RM120 lebih mahal berbanding HomePod mini generasi pertama, yang sebelum ini berharga RM529.



Pra-tempahan di Malaysia akan dibuka pada 9:00 pagi, 15 Oktober 2026, manakala jualan rasminya bermula pada 30 Oktober 2026.

HomePod mini 2 ditawarkan dalam lima pilihan warna:

  • Merah Jambu (Pink)
  • Hijau (Green)
  • Biru (Blue)
  • Putih (White)
  • Hitam (Midnight)

Peranti ini boleh dibeli menerusi Apple Store dalam talian seperti di Shopee dan Lazada dan aplikasi Apple Store.

HomePod mini 2 hadir dengan kelainan baharu

Walaupun mengekalkan reka bentuk bulat kompak setinggi 84.3mm dengan kemasan fabrik jaring dan permukaan sentuhan berlampu yang serupa, pembaharuan terbesar HomePod mini 2 terletak pada bahagian dalamnya menerusi penggunaan cip Apple S10 baharu yang menggantikan cip S5 terdahulu.

Menurut Apple, cip pemproses ini bergandingan dengan sistem audio pengkomputeran (computational audio) untuk menganalisis muzik secara masa nyata (real-time). Gabungan ini memastikan julat dinamik, tahap kelantangan, dan kualiti akustik dilaras secara automatik bagi menghasilkan bunyi yang paling optimum.

Dari segi perkakasan audio, HomePod mini 2 mengekalkan pemacu (driver) julat penuh rekaan Apple dan radiator pasif dwi-pembatal daya, serta menggunakan pandu gelombang akustik untuk menghasilkan audio 360 darjah.

Satu lagi ciri utama ialah sokongan bunyi sekeliling (surround sound) empat pembesar suara apabila dipadankan dengan Apple TV 4K generasi keempat.

Pengguna boleh memasang empat unit HomePod mini 2, atau menggabungkan sepasang HomePod saiz penuh (generasi ke-2) di bahagian hadapan dan sepasang HomePod mini 2 di belakang. Apple TV 4K juga boleh mengesan kedudukan setiap pembesar suara secara automatik serta menentu ukur masa dan aras audio mengikut kesesuaian ruang bilik.

Ciri sound glow mengikut rentak muzik yang menarik

HomePod mini 2 juga boleh dijadikan sebagai pembesar suara tetap untuk komputer Mac anda, sama ada menggunakan satu pembesar suara secara solo atau secara stereo berpasangan untuk memainkan audio filem, melayani permainan, dan aplikasi harian. Walau bagaimanapun, ciri ini memerlukan peranti Mac yang menyokong Wi-Fi 6E atau lebih baharu.

Apple turut memperkenalkan ciri baharu yang dinamakan Sound Glow, yang menjadikan permukaan berlampu di bahagian atas pembesar suara menjadi lebih interaktif.

Tambahan lagi ia bukan sekadar memaparkan animasi Siri dan status, permukaan tersebut kini boleh bercahaya dan berdenyut mengikut rentak muzik anda. Ia memancarkan warna berpandukan kulit album (album artwork) yang sedang dimainkan (Now Playing), manakala animasinya pula bertindak balas mengikut elemen audio seperti bass dan treble.

Selain itu, Sound Glow menyokong latar bunyi ambien (ambient soundscapes) seperti bunyi hujan, lengkap dengan paparan animasi yang sepadan. Kawalan suara bagi ciri Sound Glow ini memerlukan iPhone yang serasi dengan Apple Intelligence dan menggunakan perisian terkini.

Seperti model terdahulu, HomePod mini 2 turut berfungsi sebagai hab rumah pintar Apple yang menyokong pelbagai aksesori rumah pintar yang serasi.

Ia juga menawarkan ciri Pengecaman Bunyi (Sound Recognition) yang mampu mengesan bunyi penggera asap serta karbon monoksida, lalu menghantar pemberitahuan terus ke peranti Apple anda yang serasi.

HomePod mini 2 kekal berfungsi sebagai hab rumah pintar dengan ciri keselamatan pengesanan penggera kecemasan. Secara keseluruhan, ia membawakan naik taraf fungsi seperti cip S10, Sound Glow, sokongan Mac, dan sistem bunyi sekeliling tanpa mengubah reka bentuk fizikal asalnya secara ketara.

Tags: appleApple HomePodApple HomePod MiniHomePod miniHomePod Mini 2
Mas Idayu

Mas Idayu

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Enam tahun menanti, Apple akhirnya lancar HomePod mini 2 harga RM649

Enam tahun menanti, Apple akhirnya lancar HomePod mini 2 harga RM649

14 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN