• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Jensen Huang berundur sebagai CEO NVIDIA susulan skandal curang dan dakwaan pengintipan China

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:14 pm
  • 13/11/2026
  • Komen
Jensen Huang berundur sebagai CEO NVIDIA susulan skandal curang dan dakwaan pengintipan China
Share on FacebookShare on Twitter

Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) NVIDIA, Jensen Huang, meletakkan jawatan berkuat kuasa serta-merta selepas menerajui syarikat itu selama 33 tahun. Perubahan kepimpinan ini berlaku ketika NVIDIA berdepan kontroversi susulan beberapa laporan media mengenai hubungan peribadi Huang dan dakwaan berkaitan keselamatan negara.

Menerusi satu kenyataan rasmi pada 12 November 2026, NVIDIA mengesahkan bahawa Huang telah melepaskan ketiga-tiga jawatannya sebagai Presiden, CEO dan ahli Lembaga Pengarah syarikat.



Susulan itu, NVIDIA melantik Ketua Pegawai Kewangannya (CFO), Colette Kress, sebagai CEO sementara sehingga pengganti tetap dipilih. Beliau akan terus memegang jawatan CFO dan Naib Presiden Eksekutif sepanjang tempoh peralihan tersebut.

Dalam pengumuman sama, NVIDIA turut melantik Harvey C. Jones sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah yang pertama dalam sejarah syarikat.



Jensen Huang tinggalkan NVIDIA selepas 33 tahun menerajui syarikat

Jensen Huang merupakan antara pengasas bersama NVIDIA yang menubuhkan syarikat itu pada tahun 1993. Sepanjang 33 tahun kepimpinannya, NVIDIA berkembang daripada pengeluar cip grafik yang terkenal dengan produk GeForce kepada antara syarikat teknologi paling berpengaruh dalam industri kecerdasan buatan (AI).

Peletakan jawatan Huang menandakan perubahan besar bagi syarikat yang memainkan peranan penting dalam perkembangan industri AI global. Bagaimanapun, NVIDIA tidak menyatakan secara khusus sebab beliau meletakkan jawatan dalam pengumuman rasmi.

Kress, yang menyertai Nvidia pada September 2013, akan terus berkhidmat sebagai CFO sambil memegang jawatan CEO sementara. Sebelum menyertai NVIDIA, Kress mempunyai pengalaman hampir 25 tahun dalam bidang kewangan di beberapa syarikat teknologi, termasuk Cisco dan Microsoft.

Nvidia berkata lembaga pengarahnya akan mempertimbangkan calon dalaman dan luaran untuk jawatan tetap.

Dalam pada itu, Nvidia melantik Harvey C. Jones sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah pertamanya. Jones mempunyai lebih 30 tahun pengalaman sebagai usahawan, eksekutif teknologi dan pelabur, termasuk jawatan kepimpinan terdahulu di Synopsys.

Menurut Jones, lembaga pengarah Nvidia masih yakin dengan pasukan kepimpinannya, dan menjangkakan operasi syarikat, komitmen kepada pelanggan dan pelan hala tuju produk berjalan tanpa gangguan.

Kress pula berkata beliau berhasrat membina di atas asas yang diletakkan Huang sepanjang 33 tahun lalu.

Peletakan jawatan berlaku ketika kontroversi hubungan sulit dan dakwaan perisikan China

Perubahan kepimpinan ini berlaku beberapa hari selepas Huang mengakui secara terbuka bahawa beliau curang terhadap isterinya, susulan laporan media yang mengaitkannya dengan seorang wanita yang disyaki bekerja untuk perisikan China.

Menurut Reuters, kontroversi ini melibatkan Alice Huang, bekas eksekutif Megaspeed International, sebuah syarikat infrastruktur AI yang berpangkalan di Singapura. Pegawai perisikan AS dilaporkan mengenal pasti Alice Huang, yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Jensen Huang. Pada masa sama, syarikat Megaspeed juga kini sedang disiasat atas dakwaan cubaan menyeludup cip AI Nvidia ke China.

Pada 8 November, Jensen Huang mengeluarkan kenyataan rasmi permohonan maaf kepada pekerja Nvidia dan mengakui perbuatannya itu. Dalam kenyataan itu, beliau berkata: “Saya telah curang terhadap isteri saya. Tindakan saya menyakiti dia dan anak-anak kami. Tiada alasan untuk perbuatan saya. Saya amat kesal.”

Huang turut mengakui kebimbangan keselamatan negara yang dibangkitkan dalam laporan media. Beliau menambah bahawa beliau menyokong siasatan bebas dan akan memberi kerjasama sepenuhnya.

Dalam kenyataan terdahulu, pengarah bebas Nvidia berkata mereka tidak mempunyai sebab untuk percaya keselamatan negara atau maklumat sulit syarikat telah terjejas.

Namun, kontroversi ini meningkat pada 11 November apabila The New York Times melaporkan satu lagi dakwaan hubungan sulit yang melibatkan Kimberly Powell, Naib Presiden Penjagaan Kesihatan Nvidia, yang melapor terus kepada Huang.

Reuters juga baru-baru ini melaporkan bahawa Alice Huang dilarang memasuki semula Singapura selepas siasatan terhadap kemungkinan kesalahan berkaitan Megaspeed. Kementerian Dalam Negeri Singapura berkata siasatan itu meneliti dakwaan penglibatannya dalam pembelian pelayan yang dieksport melalui Singapura ke Malaysia. Pihak berkuasa menegaskan siasatan itu tidak melibatkan pengintipan.

Walaupun siasatan tidak menjumpai bukti mencukupi untuk mengesahkan Alice Huang melakukan sebarang kesalahan, pihak berkuasa merumuskan bahawa beliau memberi maklumat tidak tepat kepada polis dan menyembunyikan peranan sebenarnya dalam Megaspeed. Beliau menerima amaran keras dan dilarang memasuki semula Singapura.

China menafikan dakwaan operasi pengintipan China yang menyasarkan CEO Nvidia itu.

Apa seterusnya untuk Nvidia?

Peletakan jawatan Huang berlaku pada saat penting bagi Nvidia, ketika syarikat itu terus mengembangkan perniagaan pengkomputeran AI.

Selain membekalkan cip GPU untuk PC gaming, Nvidia kini adalah pembekal utama perkakasan AI, teknologi rangkaian, dan platform pengkomputeran yang diguna pakai oleh penyedia awan dan pembangun AI di seluruh dunia.ruh dunia.

Sebagai “wajah” Nvidia, yang sentiasa tampil dengan jaket kulit hitam ikonik beliau, Huang amat sinonim dengan strategi teknologi, pelancaran produk, dan hubungan erat syarikat bersama gergasi industri yang lain. Ketiadaannya pasti memberi impak dan gelombang besar kepada seluruh industri teknologi.

Buat masa ini, NVIDIA menegaskan bahawa operasi perniagaan dan pembangunan teknologinya akan diteruskan seperti biasa di bawah pasukan kepimpinan sedia ada yang kini diketuai sementara oleh Colette Kress.

Syarikat itu dijadualkan mengumumkan keputusan kewangan suku ketiga tahun fiskal 2027 pada 17 November 2026 di Amerika Syarikat. Ini akan menjadi antara peluang pertama bagi pelabur untuk mendengar daripada pucuk pimpinan Nvidia selepas pemergian Huang.

[Sumber: NVIDIA]

Tags: CEO NVIDIAColette KressJensen HuangNvidia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Jensen Huang berundur sebagai CEO NVIDIA susulan skandal curang dan dakwaan pengintipan China

Jensen Huang berundur sebagai CEO NVIDIA susulan skandal curang dan dakwaan pengintipan China

13 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

10 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN