• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

Koleksi iklan Raya 2022: Tema balik kampung kembali

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:42 am
  • 26/04/2022
  • Komen
Koleksi iklan Raya 2022: Tema balik kampung kembali
Share on FacebookShare on Twitter

Hari Raya Aidilfitri 2022 adalah unik kerana setelah dua tahun dibelengu pelbagai kekangan akibat pandemik, kita akhirnya boleh sambutnya hampir seperti sedia kala. Jadi, iklan raya tahun ini kebanyakannya berkisarkan balik kampung. Namun, iklan tahun ini tidak semeriah tahun 2018 dan 2019, dua tahun sebelum COVID-19 melanda.

Iklan Raya 2018 Manakah Yang Anda Rasa Paling Epik? – SoyaCincau.com



Koleksi gempak iklan Raya 2019 – SoyaCincau.com

Koleksi iklan raya 2020, masih gempak atau kurang menyengat kerana PKP? – SoyaCincau.com



Koleksi iklan Raya 2021: Tiada lagi tema balik kampung – SoyaCincau.com

Celcom

Celcom gunakan modal sedih dalam iklan ini. Sekumpulan kanak-kanak yang meronda kampung mengutip dui raya. Salah seorang yang bernama Aishah ada rahsia yang tidak diketahui kawan-kawannya yang lain.

Digi

Sejauh mana perjalanan ditempuh, ikatan kasih membawa kita ke pangkuan tersayang. Eratkan hubungan bersama ke jalinan lebih bermakna.

Julie’s Biscuits

Iklan jenama biskut tahun ini memang padu. Saya dapat rasakan mereka “menganjing” banyak iklan-iklan terdahulu. Contoh paling ketara, iklan Raya Aidilfitri perlulah dilakonkan oleh pelakon Melayu. Mereka turut memetik pencipta-pencipta kandungan yang terdesak ingin mendapatkan tontonan sehingga sanggup lakukan apa saja.

Maxis

Maxis menampilkan Virtual Busking Cube yang boleh anda temui berhampiran Nu Sentral.

https://www.youtube.com/watch?v=9384umLHl6s&ab_channel=Maxis

MBSB

Berkisarkan orang kampung yang salah sangka dengan salah seorang jiran mereka. Jiran ini, dia memborong semua bahan mentah sehinggakan orang lain tidak boleh menyiapkan tempahan Hari Raya. Cumanya, jiran itu memborong bukan sebab nak memonopoli, ada sebab lain.

Mr. DIY

Bila kita mula memaafkan, bahagia mula terasa. Iklan ringkas dengan mesej ibu kandung tetap tidak boleh menggantikan ibu angkat.

Pos Malaysia

Iklan ringkas dan tipikal daripada Pos Malaysia tentang Amat yang ingin balik kampung dengan menumpang van dan lori syarikat kurier nasional itu.

Samsung

Iklan raya ini katanya direkodkan menerusi lensa Samsung Galaxy S22 Ultra. Kisahnya tentang seoang bapa yang tidak boleh menerima hakikat yang salah seorang anaknya sudah tiada.

TNB

Iklan kali ini tiada kesinambungan dengan iklan-iklan raya sudah kecuali pada kemunculan Jero si kucing. Video ini mengisahkan adik beradik daripada seluruh Malaysia yang pulang ke kampung selepas 2 tahun tidak pulang, mungkin merujuk pada pandemik.

Touch ‘n Go

Touch’ n Go juga tidak berbelanja besar untuk iklan raya tahun ini, takut-takut raya tak jadi. Itulah tema iklan raya mereka tahun 2022.

Tags: hari raya 2022hari raya aidilfitrihari raya aidilfitri 2022iklan raya 2022raya 2022
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Koleksi iklan Raya 2022: Tema balik kampung kembali

Koleksi iklan Raya 2022: Tema balik kampung kembali

26 April 2022
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER