• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Galaxy M23 5G dilancar dengan diskaun RM200 pada hari ini sahaja

  • OLEH Najib
  • 3:20 pm
  • 05/05/2022
  • Komen
Samsung Galaxy M23 5G dilancar dengan diskaun RM200 pada hari ini sahaja
Share on FacebookShare on Twitter

Pada bulan Mac lepas, Samsung telah melancarkan Galaxy M33 5G yang dijual eksklusif di atas talian sahaja. Kini mereka mengumumkan satu lagi telefon pintar 5G dengan harga mampu milik, Galaxy M23 5G.

Seperti biasa, Galaxy M23 5G juga hanya dijual atas talian sahaja. Kali ini, ia boleh dibeli di Stor Rasmi Samsung di Shopee. Sempena jualan hari pertamanya iaitu 5 Mei 2022, Samsung turut memberi diskaun sebanyak RM200 pada 1 hari ini sahaja.



  • Samsung Galaxy M23 (RAM 6GB + Storan 128GB) – RM1,299 RM1,099

Ini menjadikan Galaxy M23 sebagai peranti 5G Samsung termurah dilancar tahun ini. Terdapat tiga warna boleh dipilih antara hijau, biru dan tembaga.

Spesifikasi Galaxy M23 5G

Dengan nombor lebih kecil, sudah pasti Galaxy M23 5G memiliki spesifikasi lebih rendah berbanding Galaxy M33 5G. Ia dikuasakan cip Snapdragon 750 5G, cip yang sama digunakan pada Galaxy A52 5G. RAM sebanyak 6GB dan storan 128GB dipasang di dalamnya. Telefon ini juga menyokong fungsi Samsung RAM Plus, iaitu menggunakan storan sebagai RAM maya.



Di hadapan, ia memiliki skrin LCD TFT seluas 6.6-inci, dengan resolusi HD Penuh dan kadar penyegaran 120Hz. Slot kad mikroSD turut tersedia, membolehkan storan dalaman diperluas.

Untuk kamera, ia dilengkapi tiga kamera belakang iaitu kamera utama 50MP F1.8, kamera ultra lebar 8MP F2.2 dan kamera makro 2MP. Kamera hadapan pula 8MP, dimuatkan di dalam takuk kecil di dahi skrin.

Tenaga disalurkan daripada bateri berkapasiti 5,000mAh dan ia menyokong pengecasan pantas 25W menerusi USB-C. Bagaimanapaun, senarai di Shopee menyatakan peranti ini datang bersama kepala pengecas 15W.

Galaxy M23 5G masih ada jek audio 3.5mm dan ada pengimbas capjari di sisi, bergabung dengan butang kuasa. Sistem operasi yang digunakan adalah One UI, berasaskan Android 11.

Tags: samsungSamsung Galaxy M23
Najib

Najib

POPULAR

Samsung Galaxy M23 5G dilancar dengan diskaun RM200 pada hari ini sahaja

Samsung Galaxy M23 5G dilancar dengan diskaun RM200 pada hari ini sahaja

5 May 2022
Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

3 July 2026
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

6 July 2026
Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

7 July 2026
LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

29 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN