• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

MenKOMM umum mereka akan bangunkan APP antigodam. Tahukah mereka apa itu godam?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:29 am
  • 15/08/2022
  • Komen
MenKOMM umum mereka akan bangunkan APP antigodam. Tahukah mereka apa itu godam?
Share on FacebookShare on Twitter

MenKOMM dalam satu sidang media yang dilaporkan Bernama memberitahu yang pihaknya akan memperkenalkan satu aplikasi istimewa yang katanya boleh menghindarkan daripada digodam.

Menurutnya lagi, aplikasi ini boleh digunakan oleh sebarang gajet dan kalau ada bayaran pun, ia adalah pada paras yang munasabah.



Telegram PM Ismail Sabri katanya digodam tempoh hari (sumber)

Menggodam bukanlah satu proses semudah menyebutnya. Ada macam-macam kaedah godam yang ada di luar sana dan setiap satunya menggunakan aplikasi, saluran, ataupun pendekatan berbeza untuk mencapai objektif.

Adakah pembangun aplikasi antigodam ini akan menyediakan perlindungan daripada semua saluran yang berpotensi untuk digodam?



Reputasi kita dalam membangunkan aplikasi yang berkualiti tidaklah baik. Contohnya, kami pernah melaporkan apa yang dikatakan sebagai aplikasi eAduan JPJ sebenarnya adalah iframe di dalam APP lain.

Kemudian, sistem pengangkutan awam kendalian Prasarana yang ada APP Pulse pun kerap kali tersangkut di halaman login.

Satu lagi contoh adalah APP i-Adu MBSA yang sehingga kini tidak beroperasi kerana pelayan tidak aktif. Apabila diadu kepada MBSA, emel saya dipanjangkan kepada pihak lain secara dalaman.

Data peribadi anda adalah tannggungjawab anda. Antara cara untuk meminimumkan risiko digodam adalah mengaktifkan ciri pengesahan dwitahap (2FA) atau gunakan APP penyimpan kata laluan seperti Bitwarden.

Tags: keselamatanmenkomm
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

24 October 2025
Proton e.MAS 5: EV paling mampu milik Malaysia dilancar, dari RM56,800

Proton e.MAS 5: Kos servis 10 tahun tak sampai RM2,500, ini butirannya

1 November 2025
MenKOMM umum mereka akan bangunkan APP antigodam. Tahukah mereka apa itu godam?

MenKOMM umum mereka akan bangunkan APP antigodam. Tahukah mereka apa itu godam?

15 August 2022
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Siri Oppo Find X9 tiba di Malaysia dengan kamera Hasselblad 200MP & cip Dimensity 9500

Siri Oppo Find X9 tiba di Malaysia dengan kamera Hasselblad 200MP & cip Dimensity 9500

29 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER