Stadia adalah servis permainan digital berasaskan awan. Ia dilancarkan dalam bulan Mac 2019. Setelah tiga tahun beroperasi, Google mengumumkan yang pihak mereka akan menghentikan perkhidmatan ini pada 18 Januari 2023.
Google Stadia Adalah Spotify Untuk Permainan Game
Menerusi utusan di saluran rasmi Google memetik, tidak mendapat sambutan yang dijangkakan sebagai penyebab penutupan tersebut.
Rentetan daripada pemberitahuan itu, pihak mereka akan memulakan proses memulangkan kembali wang pembelian perkakasan Stadia yang dibuat melalaui Google Store dan semua pembelian permainan yang dibuat melalui gedung dalam talian Stadia. Proses ini dijangka selesa pertengahanJ Januari 2023. Sementera tarikh itu tiba, Stadia akan beroperasi seperti biasa.
Semua yang anda perlu tahu tentang Google Stadia, platform strim games tanpa konsol dan komputer
Apabila ditutup nanti, teknologi-teknologi yang mereka telah bangunkan dan kakitangan-kakitangan yang terlibat dengannya akan ditempatkan ke bahagian lain organisasi Google. Mereka melihat yang teknologi yang menjadi tunjang Stadia boleh digunakan di banyak tempat lain seperti YouTube, Google Play, dan produk Augmented Reality (AR).
Stadia adalah satu konsep yang menarik kerana golongan yang tidak memiliki perkakasan komputer yang berkuasa tinggi boleh melayani permainan AAA kerana beban pemprosesan telah dipindahkan ke awan dan komputer pelanggan bertindak sebagai paparan dan input sahaja.
Pengguna di Malaysia tidaklah begitu terkesan dengan pengumuman ini kerana perkhidmatan ini tiada di dalam pasaran kita. Untuk pengguna di luar sana yang menggunakan Stadia, mereka perlu mencari alternatif lain bagi menggantikan servis yang telah ditamatkan ini.
Sebelum Stadia muncul, kita sudah ada perkhidmatan seperti Nvidia GeForce NOW. Di Sony, kita ada PlayStation NOW yang kini sebahagian daripada PlayStation Plus iaitu anda boleh bermain permainan PS3 dan PS4 terpilih secara strim. Xbox juga ada Cloud Gaming (Beta) mereka.
Sumber: Google