• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

OPPO F9 akan datang dengan takuk paling kecil bulan depan

  • OLEH Najib
  • 4:57 pm
  • 30/07/2018
  • Komen
OPPO F9 akan datang dengan takuk paling kecil bulan depan
Share on FacebookShare on Twitter

OPPO nampaknya masih tidak berhenti menghasilkan telefon pintar. Selepas melancarkan OPPO R15 Pro dan Find X baru-baru ini, tidak lama lagi mereka akan hadir dengan telefon pakar swafoto yang lebih baru, OPPO F9.

Sebenarnya, OPPO baru sahaja melancarkan OPPO F7 pada bulan April tahun ini. Malah, OPPO F5 pula dilancarkan pada November tahun lepas. Tidak sampai setahun tiga model dari siri-F hadir.



Dari petunjuk yang dikongsikan, OPPO F9 dipamerkan ibarat air terjun dengan batu di bahagian atas. Menurut OPPO, F9 akan menggunakan rekaan ‘titisan air’ atau waterdrop dengan nisbah skrin ke badan sebanyak 90.8%.

A drop of rain falls on the leaf will shine they say, but how if it falls on the screen?

Get ready to welcome the…

Posted by OPPO on Sunday, 29 July 2018

Jika dibandingkan, F7 memiliki nisbah skrin ke badan sebanyak 88% sahaja. Peningkatan nisbah ini mungkin dibantu oleh takuk di F9 yang lebih kecil, seperti yang ada di telefon pintar Essential Phone.



Tiada maklumat lain tentang F9 diberikan. Jika dilihat pada pelancaran OPPO F5 dan F7 sebelum ini, mungkin akan terdapat tiga variasi pada F9 juga.

Terdapat khabar angin menyatakan, F9 akan kekal menggunakan cip pemproses Mediatek Helio P60 dan juga kamera berkembar di belakang. Tetapi kami dimaklumkan, OPPO F9 akan dilancarkan di Malaysia pada bulan Ogos akan datang. Kita tunggu dan lihat dulu.

Tags: F9 MalaysiaoppoOPPO F9OPPO F9 MalaysiaOPPO Malaysia
Najib

Najib

POPULAR

OPPO F9 akan datang dengan takuk paling kecil bulan depan

OPPO F9 akan datang dengan takuk paling kecil bulan depan

30 July 2018
Realme P4 Power 5G dilancar dengan bateri gergasi 10,001mAh, kini boleh dibeli pada RM1,599

Realme P4 Power 5G dilancar dengan bateri gergasi 10,001mAh, kini boleh dibeli pada RM1,599

5 June 2026
Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

8 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN