• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature Tips & Tricks

TIPS: 5 tanda brek kereta bermasalah & perlu di selenggara

  • OLEH Fatin Amanina
  • 9:00 am
  • 15/01/2023
  • Komen
TIPS: 5 tanda brek kereta bermasalah & perlu di selenggara
Share on FacebookShare on Twitter

Ada banyak situasi yang memerlukan brek kereta berfungsi dengan berkesan semasa memandu. Antaranya, kenderaan di sebelah tiba-tiba melencong masuk ke lorong anda, anda hampir dengan simpang yang bakal anda masuk dan tiba-tiba perasan kamera AES ada di tepi jalan.

Brek kereta terdiri daripada beberapa komponen yang akan haus dari masa ke masa, maka penting untuk anda memastikannya sentiasa dalam keadaan optimum demi keselamatan anda dan juga pengguna jalan raya yang lain. Bagi mengelak kemalangan berlaku, anda perlu kenal pasti tanda brek kereta bermasalah dan tukarnya segera. Berikut merupakan 6 tanda dikongsikan oleh Carsome Malaysia yang boleh dijadikan rujukan.



1. Lampu amaran brek di dashboard menyala

Kebiasaannya, lampu amaran brek tangan menyala apabila brek tidak dilepaskan dengan betul. Tapi, dalam sesetengah situasi, itu adalah tanda anda perlu lakukan penyelenggaraan atau ia merupakan amaran bahawa ada masalah berlaku. Rujuk buku manual kenderaan untuk ketahui penyebabnya atau pandu kereta ke bengkel secepat mungkin untuk dapatkan bantuan.

Sumber

2. Brek berbunyi nyaring

Brek kereta dilengkapi dengan sekeping logam kecil yang dikenali sebagai indikator. Ia berfungsi menghasilkan bunyi sekiranya brek pad haus atau nipis. Jika anda ada dengar bunyi nyaring semasa brek, ini bermakna brek anda perlukan diselenggara serta-merta.



Tapi jangan risau, bunyi yang datang dari brek tidak selalunya menandakan ia bermasalah. Adakalanya, ada objek asing tersangkut dalam brek seperti batu kecil, lalu menghasilkan bunyi. Jadi, bawa kereta anda ke bengkel untuk pemeriksaan.

3. Pedal brek seperti span, senang di pijak

Jika anda rasa pedal brek senang dipijak ke lantai seperti span, atau terlalu ringan sehingga mencecah ke lantai kereta, ini menunjukkan ada udara atau kelembapan di dalam sistem brek kereta. Selain itu, ini juga boleh menjadi tanda minyak brek anda bocor dan brek pad haus serta perlu ditukar.

Sumber

4. Minyak brek bocor

Semasa anda tekan brek kereta, minyak brek akan menghasilkan tekanan hidraulik pada kaliper brek. Jika kenderaan anda tiada minyak brek yang cukup, ia tidak dapat berhenti dengan selamat. Jadi, periksa minyak brek dengan kerap dan bawa kereta ke bengkel jika anda dapati paras minyak berkurangan, terlalu kotor atau bocor.

Sumber

5. Kereta bergoyang atau ada getaran semasa brek

Jika stereng atau kereta anda bergegar semasa anda tekan brek, ia mungkin berlaku disebabkan oleh ketebalan rotor brek yang tidak sekata. Rotor brek ialah cakera besar yang terletak di dalam tayar. Semasa anda brek, bahan brek pad akan dipindahkan ke permukaan rotor. Permukaannya cenderung haus setelah suatu tempoh penggunaan.

Jika dibiarkan, bahan brek pad akan hasilkan bintik-bintik yang tidak rata, lalu menyebabkan situasi bertambah teruk. Permukaan rotor boleh diratakan semula semasa penyelengaraan untuk kurangkan gegaran pada stereng semasa membrek. Tapi jika rotor sudah haus, anda disarankan untuk gantikannya terus.

[Sumber gambar: KBB]

Tags: brek keretacarsome
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
TIPS: 5 tanda brek kereta bermasalah & perlu di selenggara

TIPS: 5 tanda brek kereta bermasalah & perlu di selenggara

15 January 2023
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

18 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN