• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Hyundai memulakan operasi kilang pemasangan di Singapura dengan melelong 100 unit Ioniq 5 edisi khas

  • OLEH Najib
  • 4:37 pm
  • 11/01/2023
  • Komen
Siri Hyundai Ioniq 5: Alternatif lebih baik kepada Tesla Model 3?
Share on FacebookShare on Twitter

Pengeluar kenderaan dari Korea Selatan, Hyundai telah mengumumkan bahawa kilang pemasangan kereta mereka di Singapura, akan beroperasi mulai tahun ini. Kilang pemasangan kenderaan ini terletak di Jurong dan dikenali sebagai Hyundai Motor Group Innovation Centre (HMGICS). Ia akan menghasilkan kira-kira 30,000 kenderaan setahun pada 2025.

Sempena pembukaan kilang ini juga, Hyundai memaklumkan bahawa mereka akan mengadakan lelongan amal menerusi 100 kereta elektrik (EV) pertama dipasang di sini. Hyundai berharap untuk mengutip SGD400,000 (~RM1.3 juta) dalam lelongan amal ini.



100 unit EV tersebut adalah model Ioniq 5, disertakan nombor pendaftaran khas “EVS” bermaksud kenderaan elektrik (EV), dari nombor 1 hingga 100. Malah, ia juga akan ditampal label khas 100 sebagai tanda kereta terawal dipasang di Singapura. Di samping itu, ia akan hadir dalam warna ‘Gravity Matte Gold’ di luar dan ‘Dark Pebble Grey’ untuk kemasan dalaman, bersama sulaman edisi khas di kerusi.

Tahun lepas, Hyundai telah mengumumkan pembukaan kilang pemasangan di Indonesia. Ia terletak di Cikarang, kira-kira 40km ke Timur Jakarta dan merupakan kilang pemasangan berskala penuh pertama di Asia Tenggara. Kilang tersebut juga mampu menghasilkan bateri untuk EV.



Kilang di Indonesia akan membekalkan badan Ioniq 5 yang siap dicat untuk dipasang di Singapura. Manakala perkakas dan peralatan lain, akan dibekalkan ke kilang di Singapura terus daripada Korea Selatan.

Ioniq 5 telah dilancar di Malaysia pada bulan Mac tahun lepas. Ia diimport sepenuhnya oleh Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) ke Malaysia. Terdapat tiga varian diperkenal iaitu Ioniq 5 Lite (RM207,808), Ioniq 5 Plus (RM238,408) dan Ioniq 5 Max (RM270,408).

Buat masa ini, masih belum ada perancangan untuk pemasangan Ioniq 5 di Malaysia. Walaupun Sime Darby Motors sebenarnya memiliki kilang pemasangan di Kedah, yang telah digunakan untuk pemasangan pelbagai kereta pengguna dan komersial berjenama Hyundai.

[Sumber: Straits Times]

Bacaan Berkaitan

  • Anda pernah lihat kereta berjalan ketam? Kereta ini boleh
  • Naik taraf SiC di Kia EV6 dan Hyundai Ioniq 5 akan beri jarak perjalanan lebih jauh dan pengecasan lebih cepat
  • Siri Hyundai Ioniq 5: Alternatif lebih baik kepada Tesla Model 3?
Tags: Hyundaihyundai ioniq 5
Najib

Najib

POPULAR

Siri Hyundai Ioniq 5: Alternatif lebih baik kepada Tesla Model 3?

Hyundai memulakan operasi kilang pemasangan di Singapura dengan melelong 100 unit Ioniq 5 edisi khas

11 January 2023
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN