• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

‘Lock Clicks ID’ ciri penting untuk pengguna CIMB sekat akses akaun jika ada transaksi meragukan

  • OLEH Najib
  • 10:38 am
  • 19/01/2023
  • Komen
‘Lock Clicks ID’ ciri penting untuk pengguna CIMB sekat akses akaun jika ada transaksi meragukan
Share on FacebookShare on Twitter

Anda rasa ada perkara meragukan berlaku kepada akaun CIMB anda? Kini anda boleh terus mengunci akses ke perbankan atas talian CIMB melalui aplikasi CIMB Clicks atau CIMB Octo. CIMB telah melancarkan fungsi baru ‘Lock Clicks ID‘ dan ia boleh mula digunakan oleh pengguna mulai 16 Januari 2023. Ini adalah salah satu langkah keselamatan yang dipertingkatkan oleh CIMB, selaras dengan arahan Bank Negara Malaysia (BNM).

Fungsi ini agak serupa dengan pembekuan kad seperti yang ada di BigPay. Apabila kad dibekukan, tiada transaksi boleh dilakukan sehinggalah kad dinyahbeku atau dibuka kuncinya.



Cara-cara untuk mengaktifkan ‘Lock Clicks ID’ adalah seperti berikut:

Di CIMB Clicks

  1. Daftar masuk ke aplikasi CIMB Clicks
  2. Pergi ke bahagian ‘Services’ > Clicks Profile > Lock Clicks ID
  3. Anda akan dimaklumkan tentang ciri ini. Tekan ‘Proceed’ untuk mengaktifkannya

Di CIMB Octo

  1. Daftar masuk ke aplikasi CIMB Clicks
  2. Pergi ke di bawah ke ‘More’ > Services > Clicks Profile > Lock Clicks ID
  3. Anda akan dimaklumkan tentang ciri ini. Tekan ‘Proceed’ untuk mengaktifkannya

Tetapi ‘Lock Clicks ID’ ada satu perbezaan ketara dengan pembekuan kad. Apabila ciri ‘Lock Clicks ID’ diaktifkan, pengguna akan didaftar keluar dari aplikasi CIMB Clicks atau CIMB Octo. Selepas itu, pengguna tidak boleh lagi mendaftar masuk dan melakukan sebarang transaksi. Pengguna juga akan dimaklumkan tentang pengaktifan ciri ini.



Tetapi cara untuk membuka kunci ini tidak semudah mengaktifkannya tadi. Ia tidak boleh dilakukan menerusi aplikasi CIMB Clicks atau CIMB Octo. Sebaliknya, pengguna perlu menghubungi pusat khidmat pelanggan CIMB di talian +60362047788 (tersedia 24/7) dan membuat pengesahan dahulu. Selepas itu, barulah akses ke CIMB Clicks menggunakan daftar masuk sedia ada dibenarkan. Pengguna juga dinasihatkan untuk mengubah kata laluan selepas membuka kunci ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang ciri keselamatan baru ini, anda boleh merujuk ruangan soalan lazim FAQ di sini.

Lapor polis dan hubungi NSRC

Selain itu, jika penguna merasakan ada transaksi yang meragukan di akaun bank mereka, pengguna diminta untuk segera mengaktifkan ciri ‘Lock Clicks ID’, memaklumkan bank dengan menghubungi pusat khidmat pelanggan CIMB, menukar kata laluan selepas mengaktifkan semula akses akaun, dan membuat laporan kepada polis untuk siasatan lanjut.

Pengguna juga boleh menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 dalam tempoh 24 jam jika telah ditipu. Dengan menghubungi NSRC secepat mungkin, aliran wang keluar boleh disekat dan wang dikembalikan kepada pengguna.

CIMB juga baru-baru ini telah mewajibkan pengguna SecureTAC di aplikasi untuk semua transaksi web CIMB bernilai RM100 ke atas. Tiada lagi SMS TAC digunakan untuk transaksi ini.

Bacaan Berkaitan

  • Tiada lagi SMS, semua transaksi web CIMB RM100 ke atas wajib guna SecureTAC mulai 5 Disember
  • Peningkatan jenayah scam membimbangkan, BNM arah bank sekat transaksi mencurigakan & ganti SMS OTP
  • CIMB perketat keselamatan dengan pelaksanaan akses peranti tunggal
Tags: cimbCIMB ClicksCIMB OCTO
Najib

Najib

POPULAR

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

8 May 2026
‘Lock Clicks ID’ ciri penting untuk pengguna CIMB sekat akses akaun jika ada transaksi meragukan

‘Lock Clicks ID’ ciri penting untuk pengguna CIMB sekat akses akaun jika ada transaksi meragukan

19 January 2023
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
240319 Cara Elak Telefon Pintar Panas

TIPS: 7 cara perlu buat elak telefon pintar cepat panas (2024)

3 April 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN