• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pelan Internet Fiber Terbaru Maxis Buatkan Unifi Basic Nampak Picis

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:39 pm
  • 20/08/2018
  • Komen
Pelan Internet Fiber Terbaru Maxis Buatkan Unifi Basic Nampak Picis
Share on FacebookShare on Twitter

Menyahut seruan kerajaan untuk memperkasa perkhidmatan Internet kebangsaan, para penyedia perkhidmatan nampaknya mula melakukan kemas kini pada tawaran Internet masing-masing bagi menjadikan akses Internet lebih mampu milik dan berkualiti dinikmati rakyat Malaysia.

Terbaru, Maxis hari ini memperkenalkan dua plan baru dalam produk MaxisONE Home Fibre. Dua pelan itu adalah:



  • 30Mbps
  • 100Mbps

Yang menariknya pelan ini adalah Maxis kini miliki pelan Internet fiber pada harga kurang daripada RM100. Dengan komitmen bulanan RM89/bulan, anda menikmati akses internet sepantas 30Mbps tanpa had.

Sebagai perbandingan, unifi Basic hadir dengan beberapa pengehad seperti:



  • pelanggan dengan pendapat isi rumah kurang daripad RM4,500
  • kuota sebanyak 60GB

unifi Basic mungkin menang pada kategori liputan yang diberikan berbanding Maxis.

Jika 30Mbps tidak cukup pantas, anda boleh memilih untuk melanggan pelan 100Mbps dengan komitmen bulanan RM129. Dengannya, anda beroleh kuota serta kemudahan panggilan tanpa had untuk digunakan.

Produk yang sama turut disediakan untuk pelanggan perniagaan pada harga seperti berikut:

  • 30Mbps – RM99/bulan
  • 100Mbps – RM139/bulan

Berbanding pelan untuk kediaman, pelanggan pelan perniagaan menikmati servis tambahan seperti ciri “Always-On” untuk memastikan keberlangsungan perniagaan mereka.

Kemudahan sokongan Maxpert turut disediakan untuk membantu pelanggan mengenal pasti masalah yang melanda sambungan Internet mereka.

Pengguna yang berminat untuk mendapatkan MaxisONE Home Fiber boleh malakukan pendaftaran di laman web produk. Maxis akan mula pergi ke premis pelanggan bermula 13 September 2018 untuk melakukan pemasangan.

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: internet fibermaxismaxisone bussinessmaxisone homeMaxisONE Home BroadbandUnifi
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Pelan Internet Fiber Terbaru Maxis Buatkan Unifi Basic Nampak Picis

Pelan Internet Fiber Terbaru Maxis Buatkan Unifi Basic Nampak Picis

20 August 2018
Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN