Tiga isu yang dikupas adalah pertama mengenai perbezaan siri Galaxy S23 berbanding siri dulu, kedua Netflix akan sekat perkongsian akaun pada pengguna yang tidak tinggal serumah dan ketiga punca polis nasihat orang ramai supaya jangan kongsi maklumat sekatan jalan raya di Waze.
1. Samsung lancar siri Galaxy S23, apa yang baharu tentangnya?
Telefon pintar flagship Samsung 2023 dah dilancarkan iaitu Galaxy S23, Galaxy S23+ & Galaxy S23 Ultra. Sebenarnya, siri Galaxy S23 tidak banyak bezanya berbanding siri Galaxy S22. Manakala Galaxy S23 dan Galaxy S23+ serupa dalam hampir semua aspek, kecuali saiz skrin, kapasiti bateri dan kuasa mengecas. Galaxy S23 Ultra pula boleh dikatakan tak ada perubahan rupa langsung, dibandingkan dengan Galaxy S22 Ultra dulu.
Baca lagi di bawah:
- Samsung Galaxy S23 & S23+: SoC baharu dengan bateri lebih besar merentasi generasi
- Samsung Galaxy S23 Ultra: Naik taraf terbanyak di kamera dengan Astrofotografi, Dwi-Piksel PDAF & 200MP
- Galaxy S23, S23+ & S23 Ultra Malaysia: Harga rasmi dan apa kelebihan menempah sekarang
- Ini tawaran terbaik untuk pembaca SoyaCincau kalau nak beli telefon Galaxy S23
- Samsung Galaxy S23, S23+ & S23 Ultra: Ringkasan yang anda perlu tahu
2. Netflix perketat peraturan kongsi akaun, termasuk di Malaysia
Baru-baru ini, ada laporan menyatakan Netflix telah mengemaskini Pusat Bantuan mereka. Ia menjelaskan bagaimana Netflix akan halang perkongsian akaun yang tidak duduk serumah.
Baca lagi di sini.
3. Polis nasihat jangan kongsi maklumat sekatan jalan raya di Waze, tapi ramai pengguna tak setuju
Baru-baru ini, polis Kuala Lumpur nasihatkan orang ramai supaya tidak kongsi maklumat mengenai kehadiran polis dan sekatan jalan raya melalui Waze. Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim, tindakan itu akan halang usaha penguatkuasaan, contohnya terhadap pemandu yang memandu di bawah pengaruh alkohol dan mereka yang lakukan kesalahan jalan raya yang lain.
Baca lagi di sini.