• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Cadangan wajibkan bank bayar ganti rugi pada mangsa scam, seperti bank Singapura

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:28 pm
  • 21/02/2023
  • Komen
Cadangan wajibkan bank bayar ganti rugi pada mangsa scam, seperti bank Singapura
Share on FacebookShare on Twitter

Kes penipuan dalam talian yang sering berlaku telah mengakibatkan kerugian yang besar dialami oleh mangsa, dan tidak kesemua mangsa menerima semula wang mereka. Oleh itu, Ahli Parlimen Stampin, Chong Chieng Jen mencadangkan kerajaan untuk mewajibkan bank membayar ganti rugi kepada mangsa penipuan atau scam.

Tambah beliau, tidak perlu untuk bank membayar keseluruhan kerugian, tapi setidaknya membayar sebahagian besar daripada kerugian itu. Melainkan, bank dapat membuktikan pemegang akaun terlibat dengan penipuan juga.



Beliau juga berpendapat, apabila bank diwajibkan membayar pampasan pada mangsa, bank akan memperuntukkan lebih belanja bagi menaik taraf keselamatan sistem e-perbankan dan memperkenalkan SOP (prosedur operasi standard) dan mekanisme yang lebih ketat untuk melakukan transaksi.

Dalam pada itu, MP tersebut juga mengaitkan dengan bagaimana Singapura proaktif mengambil tindakan terhadap kes penipuan pancingan dengan membayar kerugian pada mangsa dan terus menaik taraf sistem sekuritinya.



“Sejumlah SGD13.7 juta dicuri daripada 790 pemegang akaun, dan sebulan selepas itu OCBC Bank mengumumkan akan membayar 100 peratus kerugian kepada mangsa sebagai ‘goodwill payment’.

“Dalam tempoh dua bulan, polis Singapura berjaya tangkap 16 orang yang terlibat dengan scam itu dan lima bulan seterusnya, pihak berkuasa kewangan Singapura mengenakan ‘additional capital requirement’ (keperluan modal tambahan) sebanyak SGD330 juta atas kelemahan sistem sekuritinya. Perkara itu diselesaikan dalam tempoh enam bulan.

“Di Malaysia, pihak bank tidak sudi bayar apa-apa ganti rugi, polis tidak tangkap sesiapa di belakang sindiket itu, BNM (Bank Negara Malaysia) pula tidak peduli dan kerajaan masih nak bincang lagi. Maka penipuan dan kecurian duit atas talian masih berleluasa,” ujarnya.

Untuk makluman semua, BNM juga telah menggariskan panduan untuk mengukuhkan lagi institusi kewangan di Malaysia dengan mengarahkan 5 langkah tersebut:

1. Percepat peralihan daripada One Time Password (OTP) melalui SMS

2. Perketat peraturan pengesanan penipuan dan sekat transaksi mencurigakan

3. ‘Cooling-off period’ untuk pendaftaran pertama bagi perbankan dalam talian atau peranti

4. Pelanggan dihadkan kepada satu peranti sahaja untuk pengesahan perbankan dalam talian

5. Sediakan talian hotline dan tingkatkan tahap respon ke atas laporan penipuan oleh pelanggan

Walaubagaimanapun, penipuan atas talian ini masih boleh berlaku. Jadi jika anda mendapati transaksi yang mencurigakan pada akaun bank anda, segera hubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 untuk menyekat aliran wang tersebut.

[Sumber: Sinar Harian]

Tags: bank negara malaysiabnmSCAMSCAM SMS
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
Cadangan wajibkan bank bayar ganti rugi pada mangsa scam, seperti bank Singapura

Cadangan wajibkan bank bayar ganti rugi pada mangsa scam, seperti bank Singapura

21 February 2023
BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

23 June 2026
Lenovo Tab Plus Gen 2: Tablet skrin 2.5K dengan 9 speaker JBL, bermula RM2,099

Lenovo Tab Plus Gen 2: Tablet skrin 2.5K dengan 9 speaker JBL, bermula RM2,099

24 June 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
WhatsApp mula perkenalkan ciri ‘username’, ini cara tempah nama pilihan anda

WhatsApp mula perkenalkan ciri ‘username’, ini cara tempah nama pilihan anda

30 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN