• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

China sekat ChatGPT, gusar akan respons yang tak ngam dengan polisi kerajaan

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:08 pm
  • 23/02/2023
  • Komen
China sekat ChatGPT, gusar akan respons yang tak ngam dengan polisi kerajaan
Share on FacebookShare on Twitter

Pihak berkuasa negara China dikhabarkan telah memberi arahan kepada syarikat-syarikat tech utama negara itu untuk tidak menyediakan servis berasaskan ChatGPT di dalam negara itu.

Ia berikutan kegusaran pihak pentadbir akan jawapan bot sembang berasaskan AI itu yang tidak ditapis.



Walaupun ChatGPT tidak ditawarkan secara rasmi di China, terdapat sebilangan pembangun pihak ketiga memasukkan ChatGPT dalam produk masing-masing dan ada juga pengguna di China memanfaatkan perisian VPN untuk mengakses ChatGPT.

Kerajaan juga mengarahkan kepada semua yang setiap produk AI perlulah mendapat kelulusan pihak berkuasa terlebih dahulu.



Rentetan daripada arahan tersebut, syarikat seperti Tencent yang memiliki WeChat telahpun menyekat beberapa aplikasi mini pihak ketiga di dalam platform permesejan mereka yang menawarkan ciri seakan ChatGPT.

Menyedari akan kepopularan ChatGPT, beberapa syarikat teknologi China dilaporkan sedang membangunkan pesaing kepada produk tersebut. Contohnya, Baidu katanya menggerakkan projek “Ernie Bot” dan beberapa hari lepas kami ada laporkan bot sembang MOSS yang hang sejurus dilancarkan akibat tak mampu menampung jumlah trafik yang tinggi.

[Sumber: Nikkei]

Bacaan berkaitan

  • MOSS, pesaing ChatGPT dari China “hang” sejurus servis dibuka kepada umum
  • Pengendali ChatGPT dituduh langgar hak cipta data untuk melatih AI
  • Google Bard diperkenal, pesaing ChatGPT yang mampu jawab semua persoalan anda
Tags: Chatgpt
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
China sekat ChatGPT, gusar akan respons yang tak ngam dengan polisi kerajaan

China sekat ChatGPT, gusar akan respons yang tak ngam dengan polisi kerajaan

23 February 2023
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN