• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Poco F1 mungkin tiba di Malaysia sepantas minggu ini

  • OLEH Najib
  • 11:07 am
  • 27/08/2018
  • Komen
Poco F1 mahu jadi raja kepantasan yang mampu dimiliki ramai
Share on FacebookShare on Twitter

Pocophone, sebuah jenama di bawah Xiaomi yang baru diumumkan minggu lepas, telah melancarkan telefon pintar Poco F1. Membawakan tagline ‘Master of Speed‘, Poco F1 adalah telefon pintar kelas flagship dengan harga yang luar biasa rendah.

Jika anda rasakan Mi 8 dengan kuasa Snapdragon 845 berharga RM1,599 sudah sangat murah, Poco F1 yang dilancarkan di India mempungai harga bermula dari Rs. 20,999 atau sekitar RM1,230.



Dan anda mungkin boleh memiliki Poco F1 seawal minggu ini.

PocoPhone F1

COMING SOON! Master of Speed???
POCOPHONE F1 By XIAOMI..

DirectD – XIAOMI Malaysia Authorised Concept (Mi Home) @1 Utama Shopping Centre

Posted by DirectD on Friday, August 24, 2018

DirectD telah berkongsi menerusi Facebooknya, tentang ketibaan Poco F1 tidak lama lagi di stor mereka di 1Utama. Sebenarnya ia tidak menghairankan kerana Poco F1 telah lama menerima pengiktirafan SIRIM.



Satu lagi penjual, Mobile 2 Go juga menyatakan orang ramai boleh membeli Poco F1 di kedai mereka, sebelum SST dilaksanakan. Bermakna sebelum 1 September iaitu hujung minggu ini.

COMING SOOOOON! Available BEFORE SST Starts!
[Snapdragon 845 | 6GB + 64GB | 4000mAh Battery]

Register your interest now: https://goo.gl/7LPG9u

#pocophonef1 #xiaomi #gamingphone #mobile2go

Posted by Mobile 2 Go on Friday, August 24, 2018

Tetapi mereka tidak pula menyatakan adakah ia set import AP atau set rasmi Malaysia. Mobile 2 Go menawarkan versi RAM 6GB + storan 64GB dan dijangka tiba pada 28 Ogos 2018. Mereka yang berminat juga boleh mendaftar minat di laman khas Poco F1 di sini.

Poco F1 adalah sebuah telefon pintar dengan kuasa flagship, dilihat mensasarkan buat penggemar games mudahalih dengan bajet rendah. Ini kerana ia memiliki cip terbaik Snapdragon 845 di dalam, yang disejukkan menggunakan penyejukan cecair LiquidCool. Ia didatangkan bersama RAM serendah 6GB dan storan UFS2.1 bermula dari 64GB.

Baterinya agak besar, 4,000mAh dan menyokong pengecasan pantas QuickCharge 3.0 melalui sambungan USB-C. Ia menjalankan sistem operasi MIUI yang diubahsuai khas untuk Poco.

Menariknya, Poco F1 masih mengekalkan port audio 3.5mm di atas telefon. Malah, ia dipasang speaker stereo, gabungan speaker di bawah dan speaker panggilan di atas.

Kamera bukanlah fokus utamanya, tetapi ia masih agak baik. Di belakang ia dipasang dwi lensa 12MP F1.9 + 5MP F2.0 manakala di hadapan pula 20MP untuk tangkapan swafoto.

Petang ini, Poco akan mengadakan majlis pelancaran Poco F1 di Jakarta, Hong Kong dan Paris. Kita mungkin akan menerima maklumat lanjut tentang Malaysia dari majlis pelancaran ini. Kita tunggu pengumuman lanjut mereka nanti.

Tags: directdMi MalaysiaMobile 2 GoPocoPoco F1Poco F1 MalaysiaPoco MalaysiaPocophonePocophone F1xiaomi
Najib

Najib

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Poco F1 mahu jadi raja kepantasan yang mampu dimiliki ramai

Poco F1 mungkin tiba di Malaysia sepantas minggu ini

27 August 2018
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER