DxOMark telah menerbitkan skor penanda aras kamera untuk Oppo Find X6 Pro. Dengan skor 153, ia telah menggantikan Honor Magic 5 Pro (152) sebagai peneraju kamera telefon pintar. Dua kategori yang Oppo Find X6 Pro cemerlang adalah keadaan malap dan juga gambar potret berkumpulan.
Skor 153 agak mengagumkan kerana iPhone yang paling hampir dengannya adalah iPhone 14 Pro Max dengan skor 146.
Daripada sampel gambar malap, jelas kelihatan butiran sampel berjaya dirakamkan berbanding Apple iPhone 14 Pro dan Honor Magic 5 Pro.
Dalam kategori gambar potret berkumpulan pula, pihak DxOMark melaporkan yang ia berjaya kekalkan tona warna merentasi warna kulit.
Ketajaman subjek dalam potret juga baik bersama-sama dengan kesan bokeh lemak berkrim.
Daripada segi spesifikasi kamera, Oppo Find X6 Pro menggunakan kamera beresolusi tinggi untuk kamera-kamera belakangnya. Ia ada tiga buah kamera 50MP dengan kamera utamanya mengguna pakai sensor pengimejan 1” yang turut menjelaskan prestasi cemerlangnya dalam keawaan malam. Dua lagi kami belakangnya iaitu ultralebar dan juga telefoto masing-masing menggunakan sensor 1/1.56”.
Berita yang kurang menarik adalah, buat masa sekarang, Oppo Find X6 Pro cuma boleh dinikmati pengguna dalam pasaran China.
Sumber: DxoMark