• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Whatsapp umum 3 ciri keselamatan baru bagi lindungi akaun pengguna dari diceroboh

  • OLEH Najib
  • 9:53 pm
  • 13/04/2023
  • Komen
Whatsapp umum 3 ciri keselamatan baru bagi lindungi akaun pengguna dari diceroboh
Share on FacebookShare on Twitter

Sebagai langkah keselamatan, WhatsApp telah melaksanakan penyulitan hujung-ke-hujung secara lalai supaya perbualan pengguna tidak dapat diceroboh. Kini WhatsApp mengumumkan bahawa mereka telah menambah 3 lagi ciri-ciri keselamatan baharu yang akan ditambah dalam beberapa bulan akan datang, bagi meningkatkan keselamatan pengguna.

1. Semakan pertukaran peranti

Jika pengguna menukar akaun WhatsApp ke peranti baharu, WhatsApp akan meminta pengesahan daripada peranti lama. Ini sebagai langkah keselamatan tambahan untuk memastikan bahawa pendaftaran di peranti baharu adalah daripada pengguna asal.



Dengan ciri ini, pengguna boleh mengetahui jika ada sebarang percubaan yang tidak dibenarkan, untuk mendaftar atau mengalihkan akaun WhatsApp anda ke peranti lain.

2. Pengesahan keselamatan peranti

Perisian hasad di peranti mudah alih menjadi satu ancaman terbesar masakini. Ia dapat menceroboh maklumat peribadi pengguna tanpa keizinan. Malah, peneceroboh dapat menggunakan WhatsApp untuk menghantar mesej yang tidak diingini.



Bagi mencegah ia berlaku, WhatsApp telah menambah semakan untuk membantu dalam mengesahkan akaun pengguna. Tiada sebarang tindakan pengguna diperlukan dan ia dapat melindungi akaun WhatsApp pengguna dengan lebih baik, sekiranya terdapat pencerobohan pada peranti.

3. Kod keselamatan automatik

Untuk memastikan anda berbulan dengan penerima yang sebenar, WhatsApp akan menawarkan ciri pengesahan kod keselamatan. Ia boleh disemak secara manual dengan pergi ke ke tab penyulitan (encryption) di bawah maklumat kenalan.

Bagi menjadikan proses ini lebih mudah dan senang diakses oleh semua, WhatsApp melancarkan ciri keselamatan berdasarkan proses yang dipanggil “Ketelusan Utama” (Key Transparency) yang membolehkan pengguna mengesahkan secara automatik bahawa sambungan mereka selamat. Maksudnya, apabila pengguna mengklik pada tab penyulitan, ia akan dapat mengesahkan dengan segera bahawa perbualan peribadi anda adalah selamat.

Ini adalah tiga ciri baharu daripada banyak fungsi keselamatan yang terdapat di WhatsApp. Ada banyak perkara berkaitan keselamatan disediakan secara automatik di WhatsApp, tetapi ada dua perkara yang hanya pengguna boleh hidupkan. Iaitu dwi-faktor pengesahan dan sandaran (backup) disulitkan hujung-ke-hujung. WhatsApp menasihatkan agar orang ramai menggunakannya, serta menghebakan pada rakan dan kelaurga mereka untuk menggunakannya suapa lebih ramai orang mendapat manfaat daripada lapipsan keselamatan ini.

Bacaan Berkaitan

  • WhatsApp perkenal ciri tarikh luput Group yang sangat berguna
  • WhatsApp akan tambah ciri Kunci Chat, elak orang lain buka chat peribadi
  • WhatsApp for Windows kini sokong 8 orang dalam panggilan video kumpulan, sama seperti di telefon
  • Admin kumpulan WhatsApp kini ada kuasa tapis kemasukan ahli baru
  • Telegram tidaklah seselamat yang diiklankan, menurut WhatsApp
Tags: whatsapp
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Whatsapp umum 3 ciri keselamatan baru bagi lindungi akaun pengguna dari diceroboh

Whatsapp umum 3 ciri keselamatan baru bagi lindungi akaun pengguna dari diceroboh

13 April 2023
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme P3 Ultra tiba di Malaysia dengan Dimensity 8350, diskaun RM300 untuk waktu terhad

Realme P3 Ultra tiba di Malaysia dengan Dimensity 8350, diskaun RM300 untuk waktu terhad

16 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER