• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

Adakah e-skuter Beam mudah terbakar? Kami tanya Beam dan ini jawapan mereka

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:46 pm
  • 20/04/2023
  • Komen
Beam lancar gudang sentral di Malaysia, berfungsi sebagai hab baik pulih, pusat selenggara & banyak lagi
Share on FacebookShare on Twitter

Sewaktu insiden kebakaran berhampiran KLCC tercetus pada 14 April 2023 lalu, ramai yang membuat spekulasi bahawa e-skuter Beam adalah punca kepada kebakaran tersebut. Namun, setelah siasatan dijalankan, didapati yang ia adalah perbuatan khianat dan suspek sudahpun ditahan dan sedang dibicarakan.

Insiden kebakaran KLCC: Penghantar makanan 34 tahun dihadapkan ke mahkamah untuk dibicarakan



Pada awalnya, teori e-skuter terbakar nampak masuk akal kerana saban hari kita dengar powerbank terbakar dan telefon pintar terbakar. Ciri sepunya e-skuter, powerbank, dan telefon pintar adalah mereka dilengkapi sel bateri berasaskan teknologi ion litium.

Insiden kebakaran KLCC: Bomba sedang siasat, skuter elektrik bukan punca



Sungguhpun insiden kebakaran tempoh hari tidaklah berpunca daripada e-skuter, kami pengambil peluang ini untuk bertanyakan kepada pengendali e-skuter Beam tentang tahap keselamatan skuter berkuasa elektrik kendalian mereka.

1. Apakah langkah keselamatan yang telah diambil bagi memastikan keselamatan bateri yang ada di dalam e-skuter Beam?

Keselamatan pengguna diletakkan pada keutamaan tertinggi oleh Beam.

Sebelum beroperasi, semua e-skuter Beam telah melalui set ujian yang teliti dan ketat termasuklah dalam situasi kebakaran ekstrim supaya insiden seperti di KLCC tidak akan menjejaskan e-skuter Beam. Tambahan pula, semua e-skuter Beam memenuhi piawaian UL2272 iaitu piawaian keselamatan kebakaran antarabangsa yang paling tinggi untuk Peranti Mobiliti Peribadi (PMD).

2. Cas dan haba yang berlebihan didapati menjadi penyumbang utama kepada kebakaran dalam bateri. Adakah bateri e-skuter Beam diuji untuk dua situasi ini?

Bateri di dalam seunit e-skuter Beam terdiri daripada sel ion litium dan ia dikawal oleh sistem pengurusan bateri yang dipakejkan di dalam lapisan tahan air dan tahan gegaran mekanikal untuk memenuhi piawaian pematuhan yang utuh sebelum digunakan.

Komponen bateri telah direka untuk dimuatkan ke dalam ruang di bawah kaki dan ruang tersebut dibangunkan daripada bahan alumunium bergred aeroangkasa supaya ia tahan lasak. Sebelum e-skuter diletakkan di luar sana, ia sudahpun menjalani set ujian yang teliti dan ketat. Apabila e-skuter berada di lapangan, ia sentiasa dipantau menggunakan aplikasi secara masa nyata oleh pasukan Beam.

Antara yang dipantau adalah seperti paras tenaga dan keadaan haus dan lusuh bateri.

3. Berapa kerapkah penyelenggaraan berkala dilakukan untuk mengesan sebarang risiko keselamatan?

Hal-hal penyelenggaraan e-skuter termasuklah bateri dijalankan oleh Beam Rangers yang beroperasi secara syif 24 jam. Segala penyelenggaraan berlaku di gudang Beam dan dilakukan oleh juruteknik yang bertauliah. Hal ini membolehkan pengguna Beam tidak perlu risau tentang keadaan e-skuter sebaliknya fokus sahaja pada perjalanan mereka.

Daripada masa ke masa, Beam ada menganjurkan program Akademi Keselamatan Beam yang terbuka kepada semua dan percuma. Sewaktu sesi berjalan pihak Beam berkongsikan kepada peserta tentang tatacara penggunaan e-skuter Beam yang betul. Contoh yang dikongsikan adalah seperti tidak makan ataupun minum sewaktu menunggang, tidak menaiki secara berdua-duaan, dan teknik menunggang yang betul.

4. Adakah e-skuter Beam memenuhi mana-mana piawaian industri ataupun pensijilan sewaktu dibangunkan? Adakah pembekal bateri e-skuter Beam juga memenuhi piawaian industri ataupun pensijilan yang sama?

Pertama sekali, semua e-skuter Beam dihasilkan daripada alumunium bergred aeroangkasa yang tertinggi untuk memastikan keteguhan. Seperti yang dinyatakan tadi, semua e-skuter Beam diluar sana dijamin memenuhi piawaian UL2272. Akhir sekali, semua pembekal bateri yang digunakan di dalam skuter Beam memenuhi piawaian dan pensijilan yang sama.

5. Pernahkah e-skuter Beam terlibat dengan apa-apa insiden melibatkan bateri? Sekiranya ya, apakah langkah yang diambl supaya insiden yang sama tidak berulang?

Kenderaan mikromobiliti ringan adalah sebahagian daripada kaedah pengangkutan dan ia akan terus berkembang.

Pihak Beam cakna tentang risiko yang ada pada kenderaan mikromobiliti ringan terutamanya yang digerakkan kuasa elektrik. Oleh sebab itu, Beam mengambil langkah proaktif seperti merangka prosedur selenggara, pengoperasian dan pemantauan yang mantap untuk memastikan keselamatan pasukan Beam, pengguna Beam, dan juga keadaan sekeliling sentiasa terjaga.

Selain daripada kakitangan operasi yang terdiri daripada individu pakar, pihak Beam mengguna pakai solusi teknikal termaju yang memfokuskan pada pengoperasian selamat dan Beam sedang menerajui industri dalam hal ini.

Pihak Beam sentiasa berhubung dengan penasihat kebakaran, kecemasan, dan lain-lain pakar dalam hal-hal berkaitan e-skuter dalam memantapkan lagi pengoperasian dan pembangunan teknologi dengan satu tujuan, memastikan keselamatan.

6. Bagaimanakah Beam lakukan pemantauan keadaan bateri apabila e-skuter sedang digunakan?

e-skuter Beam dilengkapi peranti penjejak IoT. Pasukan teknikal Beam boleh memantau tahap kesihatan bateri menggunakan aplikasi khas daripada jauh dan masa nyata. Apabila ada isu dikesan termasuklah isu bateri, kakitangan Beam akan terus dihantar ke lokasi e-skuter itu untuk aktiviti selenggara dijalankan.

Sekiranya perlu, pasukan teknikal Beam boleh menyahaktifkan mana-mana e-skuter daripada jauh supaya tidak boleh digunakan oleh sesiapa pun sehinggalah kakitangan penyelenggaraan hadir dan mengesahkan unit tersebut selamat untuk digunakan.

7. Di masa depan, adakah Beam bercadang untuk memasukkan ciri-ciri keselamatan baharu ke dalam e-skuter?

Tentu sekali. Daripada masa ke masa, kami akan memasukkan versi baharu e-skuter Beam ke dalam pasaran Malaysia.

Versi baharu sudah tentu akan dilengkapi dengan ciri keselamatan dan kepraktikalan yang lebih baik. Contohnya, sewaktu kami mengenalkan Beam Saturn+ awal tahun 2022 dulu, kami turut memperkenalkan ciri IoT Generasi ke-3 yang salah satu ciri menariknya adalah geo-pagar dan kejituan penentuan lokasi separas sentimeter.

Selain itu, sistem IoT generasi baharu juga ada fungsi permesejan audio yang lebih jelas yang boleh diguna untuk memberi peringatan pada penunggang sekiranya mereka mendekati kawasan larangan e-Skuter.

Di sisi yang lain pula, Beam telah menambah baik loceng pengera pada e-skuter. Ia kini lebih kuat dan jelas. Beam juga telah memperlengkap e-skuter dengan sistem brek berkembar untuk lebih ciri keselamatan.

Tags: Beam
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Beam lancar gudang sentral di Malaysia, berfungsi sebagai hab baik pulih, pusat selenggara & banyak lagi

Adakah e-skuter Beam mudah terbakar? Kami tanya Beam dan ini jawapan mereka

20 April 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

6 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER