• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Touch n Go perkenal GOremit, cara mudah hantar wang ke luar negara terus dari telefon pintar

  • OLEH Najib
  • 2:52 pm
  • 19/07/2023
  • Komen
Touch n Go perkenal GOremit, cara mudah hantar wang ke luar negara terus dari telefon pintar
Share on FacebookShare on Twitter

Dengan kecanggihan teknologi dan perkembangan dunia kewangan, menghantar wang dari Malaysia ke luar negara menjadi sangat mudah sekarang. Ditambah lagi dengan kemudahan yang disediakan dari dalam penyedia eWallet, seperti TNG Digital.

Baru-baru ini, TNG Digital melancarkan perkhidmatan menghantar wang digital, GOremit di dalam aplikasi Touch n Go eWallet. Buat masa ini, GOremit menyokong penghantaran wang ke 10 negara di Asia sahaja iaitu:



  1. Indonesia
  2. Filipina
  3. Singapura
  4. Thailand
  5. Vietnam
  6. Bangladesh
  7. India
  8. Nepal
  9. Pakistan
  10. Sri Lanka

Pelancaran GOremit merupakan sebahagian daripada agenda kewangan TNG Digital, untuk menyediakan perkhidmatan kewangan yang boleh digunakan oleh orang ramai. Ini termasuk golongan yang jauh dari kemudahan fizikal, pekerja asing, pelajar antrabangsa dan ekspat. Perkhidmatan ini menyediakan cara yang mudah dan selamat untuk menghantar wang kepada yang tersayang atau memerlukan.

Untuk menggunakan GOremit, pengguna perlu membuat pengesahan menerusi eKYC. Selepas itu, terdapat pilihan untuk menghantar wang terus ke akaun bank, eWallet tempatan atau mengambil tunai di tempat terpilih. Buat masa ini, terdapat tiga eWallet yang disokong GOremit iaitu bKash di Bangladesh, GCash dan PayMaya di Filipina. Penerima boleh mendapatkan wang dihantar dalam masa 15 minit, bergantung kepada cara penerimaan.



Kadar tukaran asing yang ditawarkan GOremit sangat kompetitif. Tetapi pengguna juga perlu tahu bahawa ada yuran penghantaran dikenakan, antara RM5 ke RM15 mengikut negara dan cara penghantaran. Contohnya, penghantaran ke eWallet di Bagladesh dikenakan RM5, manakala ke akaun bank di India pula RM10. Penerimaan tunai di Pakistan hanya dicaj RM5.

Selepas penghantaran dibuat, pengguna boleh memantau status menerusi tab Activities. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, layari laman FAQ GOremit.

Selain GOremit di TNG Digital, pengguna di Malaysia juga boleh membuat penghantaran wang ke luar negara secara digital menggunakan platform Bigpay atau Wise.

Bacaan Berkaitan

  • Wise lancar kad dan akaun berbilang matawang di Malaysia, cara lebih mudah dan murah memindah wang
  • BigPay kini sokong pembayaran QR di Singapura, Thailand & Malaysia
  • BigPay kini boleh menghantar wang terus ke Bangladesh, India dan Nepal
  • Touch n Go eWallet lancar kad Visa yang boleh digunakan di seluruh dunia, kecuali di Touch n Go
Tags: GOremitTouch n GoTouch n Go eWallet
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Touch n Go perkenal GOremit, cara mudah hantar wang ke luar negara terus dari telefon pintar

Touch n Go perkenal GOremit, cara mudah hantar wang ke luar negara terus dari telefon pintar

19 July 2023
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER