• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home OS Android

Pengganti Redmi Note 5 Adalah Telefon 4 Kamera Pertama Xiaomi

  • OLEH Hanif Azrai
  • 6:27 am
  • 17/10/2018
  • Komen
Pengganti Redmi Note 5 Adalah Telefon 4 Kamera Pertama Xiaomi
Share on FacebookShare on Twitter

Tidak sampai setahun memasuki pasaran Malaysia, Redmi Note 5 bakal punya pengganti. Redmi Note 6 Pro dijadualkan dilancarkan di Malaysia pada 20 Oktober 2018 dan boleh dibeli di tiga Mi Store iaitu yang terletak di:

  • 1Utama
  • Quensbay Mall
  • KSL City

 

Redmi Note 6 Pro is coming to Malaysia this Saturday, 20th October 2018! Mark that calendar, set your alarms, make a…

Posted by Mi Malaysia on Monday, 15 October 2018

Meneliti helaian spesifikasi, saya boleh simpulkan yang ia adalah Redmi Note 5 yang diberikan sedikit tambah baik.



Yang paling ketara adalah pada kehadiran notch pada mukanya. Ia menjadikan Redmi Note 6 Pro ada panel paparan yang lebih besar iaitu 6.26″ pada resolusi HD Penuh.

Perbezaan yang kedua adalah pada kehadiran dwikamera depan. Swafoto kini boleh dilakukan menggunakan kamera 20MP yang bertemankan kamera 2MP yang bertugas untuk mengukur kedalaman medan.



Lain-lain spesifikasi adalah sama seperti sebelumnya seperti:

  • Penggunaan CPU Snapdragon 636
  • RAM 3GB ataupun 4GB
  • Storan 32GB ataupun 64GB
  • Kamera belakang 12MP + 5MP
  • Bateri 4,000mAh

Harga rasmi Redmi Note 6 Pro masih belum diumumkan tetapi setiap pembelian awal akan menerima hadiah percuma berupa Mi Band 2 dan juga kayu selfie.

Tags: androidharga redmi note 6 promiuipelancaran redmi note 6 proredmi note 6 proredmi note 6 pro malaysiaredmi note 6 pro murahreview redmi note 6 prospesifikasi redmi note 6 protempahan redmi note 6 proxiaomixiaomi malaysia
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Proton e.MAS 5: Harga anggaran RM60K – RM80K, dua varian kini boleh ditempah

Proton e.MAS 5: Harga anggaran RM60K – RM80K, dua varian kini boleh ditempah

7 October 2025
Pengganti Redmi Note 5 Adalah Telefon 4 Kamera Pertama Xiaomi

Pengganti Redmi Note 5 Adalah Telefon 4 Kamera Pertama Xiaomi

17 October 2018
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER