• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Star Wars Racers Shell ini boleh dimiliki pada harga RM49.90 setiap satu, siap ada Collector Casing lagi

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 12:39 pm
  • 06/10/2023
  • Komen
Star Wars Racers Shell ini boleh dimiliki pada harga RM49.90 setiap satu, siap ada Collector Casing lagi
Share on FacebookShare on Twitter

Shell datang lagi dengan koleksi kereta mainan. Buat peminat filem sekuel Star Wars, pastinya anda tidak mahu ketinggalan untuk memiliki Star Wars Racers Collection keluaran Shell ini.

Koleksi ini merupakan kerjasama antara Shell Malaysia dengan The Walt Disney Company Southeast Asia. Lebih mengujakan apabila Malaysia merupakan pasaran pertama di dunia yang menerima siri kereta kawalan jauh ini.



Star Wars Racers Shell terdiri daripada enam kenderaan yang diilhamkan oleh watak ikonik Star Wars seperti Darth Vader, Stormtrooper, Darth Maul, The Mandalorian, Boba Fett dan BB-8. 

Koleksi yang menggunakan modul bateri kawalan jauh Bluetooth ini akan dikeluarkan secara berperingkat mulai hari ini, 6 Oktober 2023 dengan model baharu akan dikeluarkan setiap minggu di setiap Stesen Shell seluruh negara.



Setiap satu Star Wars Racers Shell ini dijual pada harga RM49.90, manakala setiap modul bateri pula dijual pada harga RM30.00, dengan pembelian bahan api minimum bernilai RM50.00 untuk Shell FuelSave95, Shell V-Power 97 atau Shell V-Power Racing dalam satu resit.

Untuk Darth Vader Racer, anda boleh memilikinya secara percuma dengan pembelian pelincir Shell Helix Ultra 4L atau Shell Helix Power 4L.

Apa yang menariknya, anda juga boleh menggunakan kenderaan Star Wars ini dengan aplikasi mudah alih Shell Racing di Apple App Store atau Google Play yang akan memberikan fungsi seperti permainan perlumbaan. 

Berminat untuk mengumpul kesemua enam kereta kawalan jauh Star Wars Racers Shell? Anda juga mungkin boleh pertimbangkan untuk mendapatkan Collector Casing pada harga RM89.90, dengan pembelian RM80.00 Shell V-Power Racing.

Masih 50-50? Apa kata anda kunjungi Sunway Pyramid untuk melihat koleksi Star Wars Racers Shell yang dipamerkan di sana. Pameran akan berlangsung sehingga 8 Oktober 2023, jadi jangan ketinggalan!

Tags: shellstar warsStar Wars Racers Shell
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

Star Wars Racers Shell ini boleh dimiliki pada harga RM49.90 setiap satu, siap ada Collector Casing lagi

Star Wars Racers Shell ini boleh dimiliki pada harga RM49.90 setiap satu, siap ada Collector Casing lagi

6 October 2023
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

8 April 2026
Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

10 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Vivo V70 FE Malaysia: Telefon bawah RM2,000 dengan bateri 7,000mAh dan kamera 200MP

Vivo V70 FE Malaysia: Telefon bawah RM2,000 dengan bateri 7,000mAh dan kamera 200MP

10 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN