• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Rupa Google Pixel 8a terdedah, rekaan nampak sama seperti Pixel 8

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:13 pm
  • 10/10/2023
  • Komen
Rupa Google Pixel 8a terdedah, rekaan nampak sama seperti Pixel 8
Share on FacebookShare on Twitter

Google baru sahaja melancarkan telefon Pixel generasi terbaru Pixel 8 dan Pixel 8 Pro pada awal Oktober lalu. Seperti biasa, peminat akan menjangkakan kedatangan telefon Pixel yang lebih murah pula iaitu Pixel 8a. Namun render pertama nampaknya telah terdedah di atas talian menerusi pembocor terkenal SmartPrix dan OnLeaks.

Berdasarkan apa yang dikongsi, Pixel 8a menggunakan rekaan yang hampir serupa dengan siri Pixel 8 terbaru dengan menampilkan badan serta paparan yang lebih bulat berbanding Pixel 7 yang berkotak. Menurutnya, keseluruhan dimensi Pixel 8a berukuran 152.1 x 72.6 x 8.9mm yang menunjukkan ia akan lebih kecil, tinggi dan kurus dari Pixel 7a pada 152.4 x 72.9 x 9.0mm.



Bahagian kamera belakangnya juga masih mengkekalkan tradisi visor Pixel, dan kelihatan terdapat dua modul kamera padanya serta lampu flash di sebelah kanan. Berkemungkinan besar ia adalah kamera 64MP dan kamera ultralebar 12MP yang terdapat di Pixel 7a kerana Google Pixel 8 dan 8 Pro ada kamera yang lebih kurang sama seperti model terdahulu.

Saiz skrin masih kekal sama berukuran 6.1-inci dengan lubang kamera hadapan diletakkan di tengah-tengah skrin. Skrinnya kelihatan ada bezel yang sekata pada bahagian kiri, kanan dan atas kecuali pada dagunya yang tebal sedikit. Terdapat juga port USB-C dan speaker di bawah telefon, serta slot kad sim pada sisi kiri telefon.



Siri Pixel A selalunya akan dilancarkan pada acara Google I/O yang diadakan pada pertengahan tahun. Sebagai perbandingan, Pixel 7a dilancarkan pada Mei 2023. Jadi mungkin pelancaran Pixel 8a akan diadakan sekitar itu pada tahun 2024 nanti.

Pada Ogos lalu, Pixel 8a didapati telah muncul di dalam penanda aras Geekbench mendedahkan ia mengguna pakai cip Tensor G3 yang diperlahankan. Dari situ juga mendedahkan ia memiliki 8GB RAM, dan peroleh markah 1,218 untuk teras tunggal dan 3,175 pelbagai teras. Sistem operasi yang dijalankan adalah Android 14.

[Sumber: SmartPrix]

Bacaan berkaitan

  • Google Pixel 8 Pro miliki lebih banyak magic AI di kamera, storan hingga 1TB tetapi masih bukan milik kita
  • Google lancar Pixel 7a, gunapakai cip Tensor G2 seperti Pixel 7 Pro tapi lagi murah
  • Rupa paras Google Pixel 8 Pro didedahkan, boleh ukur suhu badan
Tags: GoogleGoogle Pixel 8a
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Rupa Google Pixel 8a terdedah, rekaan nampak sama seperti Pixel 8

Rupa Google Pixel 8a terdedah, rekaan nampak sama seperti Pixel 8

10 October 2023
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN