• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

SpaceX lantik RedTone sebagai pengedar internet satelit Starlink di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 11:52 am
  • 28/11/2023
  • Komen
SpaceX lantik RedTone sebagai pengedar internet satelit Starlink di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Redtone Digital Bhd (Redtone) dan SpaceX selaku pemilik internet Starlink, telah menandatangani perjanjian bagi penjualan perkhidmatan internet berkelajuan tinggi menerusi satelit Starlink di seluruh Malaysia. Dengan ini, Redtone boleh membekalkan perkhidmatan jalur lebar Starlink kepada pengguna di pelbagai lokasi terpencil, atau kawasan dengan kekangan geografi dan alam sekitar.

Redtone menyatakan, mereka memiliki pasukan dengan lebih 150 jurutera di seluruh negara bagi memberikan perkhidmatan pantas untuk perkhidmatan jalur lebar Starlink. Malah, kekuatan Redtone sebagai penyedia penyelesaian rangkaian bersepadu membolehkan mereka menawarkan perkhidmatan berasaskan satelit yang lancar kepada pelanggan kerajaan dan perusahaan.



Ketua Pegawai Eksekutif REDtone Lau Bik Soon berkata, “Kami menyasarkan sektor yang menunjukkan peningkatan kebergantungan terhadap perkhidmatan satelit seperti minyak dan gas, telekomunikasi, perkapalan dan maritim, perkhidmatan kewangan dan perladangan. Sektor-sektor ini dijangka menjadi pemacu penting pertumbuhan pasaran satelit di negara ini dan akan meningkatkan keuntungan syarikat.”

Pemasangan Starlink oleh Redtone di UiTM Kuala Pilah

Sebelum ini, Redtone telah membantu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk memasang perkhidmatan Starlink pertama di UiTM Kuala Pilah.



Perkakas percuma dan sokongan 24/7 dengan Redtone

Di laman web Starlink oleh Redtone, mereka menawarkan pelbagai perkhidmatan Internet Berasaskan Satelik bertaraf perniagaan di seluruh Malaysia. Di bawah kerjasama ini, mereka menyediakan perkhidmatan pengurusan menyeluruh kepada pelanggan, termasuk pelan langganan bulanan, pengurus akaun khusus, perkhidmatan jurutera profesional dan pemasangan.

Perkakas percuma dan sokongan 24/7 dengan Redtone

Tetapi yang lebih menarik adalah mereka menawarkan model langganan bulan tanpa sebarang kos perkakasan. Ini mengurangkan perbelanjaan awal yang tinggi. Pelanggan juga akan disediakan dengan pengurus akaun khas untuk membantu menawarkan penyelesaian dan menasihati rekaan rangkaian yang bersesuaian. Pelanggan juga akan menerima khidmat sokongan pelanggan Redtone yang boleh dihubungi melalui telefon, emel dan saluran atas talian.

Buat masa ini, pelan perniagaan Starlink bermula dari RM571/bulan dengan data tanpa had standard iaitu 40GB data keutamaan. Pelan termahal berharga RM5,894/bulan yang hadir dengan 6TB data keutamaan. Pengguna perniagaan boleh menjangkakan kelajuan muat turun sekitar 40Mbps ke 220Mbps, muat naik antara 8Mbps ke 25Mps, serta kependaman 25-60ms.

Harga pelan perniagaan Starlink di Malaysia

Harga perkakas Starlink standard adalah RM2,800. Manakala kit prestasi tinggi pula berharga RM11,613.

[Sumber: FMT]

Bacaan Berkaitan

  • Fahmi Fadzil: Kerajaan pasang Starlink pertama di UiTM Kuala Pilah sebagai penyelesaian internet sementara
  • Starlink boleh dilanggan sekarang di Malaysia, RM220 sebulan dengan kelajuan sehingga 100Mbps
  • Qatar Airways guna Starlink untuk sediakan internet berkelajuan 350Mbps dalam pesawat
Tags: RedtoneSpaceXStarlink
Najib

Najib

POPULAR

SpaceX lantik RedTone sebagai pengedar internet satelit Starlink di Malaysia

SpaceX lantik RedTone sebagai pengedar internet satelit Starlink di Malaysia

28 November 2023
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

21 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN