• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Black Shark Helo boleh dibeli di Malaysia serendah RM2,198

  • OLEH Najib
  • 12:07 pm
  • 07/11/2018
  • Komen
Black Shark Helo boleh dibeli di Malaysia serendah RM2,198
Share on FacebookShare on Twitter

Telefon pintar gaming semakin hari semakin popular. Bagi versi bajet, Pocophone F1 dan honor Play menjadi pilihan di bawah RM1,500. Tetapi bagi mendapatkan prestasi terhebat, nama yang disebut-sebut adalah seperti ASUS ROG Phone, Razer Phone dan juga Xiaomi Black Shark.

Kini dalam generasi kedua, Xiaomi Black Shark Helo yang dijual hanya di China, kini boleh mula dibeli di Malaysia. Sudah pasti, ianya adalah set import dari China.



Salah satu penjual yang telah memiliki stok Xiaomi Black Shark Halo ialah Mobile 2 Go. Mereka menawarkan Black Shark Halo dengan dua spesifikasi:

  • 6GB RAM + 128GB Storan – RM2,198
  • 8GB RAM + 128GB storan – RM2,398

Set import Black Shark Halo ini juga datang siap bersama alat kawalan yang sedia ada di dalam kotak. Ia juga disertakan jaminan selama satu tahun oleh Mobile 2 Go sendiri.



Untuk yang belum kenal, Black Shark Halo memiliki kuasa pemproses Snapdragon 845. Ia diumumkan datang bersama RAM 6GB, 8GB atau 10GB dengan storan antara 128GB dan 256GB. Bagi memastikan ia lebih sejuk dari biasa, ia dilengkapi sistem penyejukan cecair dwi-paip.

?????????? ???! ?????? ????? ????? ???? !
Gaming Phone with Special multi-stage water-cooling system!

?8GB RAM + 128GB…

Posted by Mobile 2 Go on Monday, November 5, 2018

Skrin Black Shark Helo berukuran 6.01-inci menggunakan paparan AMOLED, dengan resolusi HD Penuh+ 2160×1080. Ia dipasang sistem bunyi stereo di bawah dan atas skrin, serta sistem pencahayaan RGB di logo belakang dan di sisi telefon.

Di bahagian kamera, Black Shark Helo dilengkapi dwi-kamera di belakang, 12MP+20MP F.175 manakala kamera hadapannya 20MP F2.2 dengan teknologi Pixel Binning 4-dalam-1.

Bateri di dalamnya sebesar 4,000mAh dan ia menyokong pengecasan pantas QuickCharge 3.0 melalui sambungan USB-C. Malangnya, ia tiada port audio 3.5mm maka harus bergantung pada fon kepala Bluetooth atau speaker stereonya.

Kepada yang berminat memiliki telefon pintar ini, boleh mengunjungi laman web Mobile 2 Go atau pergi ke mana-mana cawangan berhampiran.

Tags: black sharkBlack Shark Heloxiaomi
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Black Shark Helo boleh dibeli di Malaysia serendah RM2,198

Black Shark Helo boleh dibeli di Malaysia serendah RM2,198

7 November 2018
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER